Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, August 8 | Monday, August 08, 2011

Ohh.. wat Malu Name Negeri Terengganu Jew Nie!! 

 Sila Klik Ads By Nuffnang Sebagai Sumbangan Anda :)






GELAGAT mencemarkan kemuliaan  Ramadan di tempat awam di Kuala Terengganu.
GELAGAT mencemarkan kemuliaan Ramadan di tempat awam di Kuala Terengganu.
Pasangan berpadu kasih di kawasan rekreasi pada bulan puasa

KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian mencolok mata di beberapa kawasan rekreasi sekitar bandar raya ini bukan saja mengecewakan orang ramai, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.
Tinjauan Berita Harian mendapati golongan berkenaan tanpa segan silu duduk berduaan dan berbuat aksi hangat di tempat terbuka seolah-olah mereka hidup bersendirian di dunia tanpa peduli perasaan pengunjung yang hendak mengambil angin di kawasan berkenaan.
Beberapa kawasan rekreasi termasuk Pantai Batu Buruk, Dataran Shahbandar, Taman Pulau Kambing dan Pantai Teluk Ketapang di sini, dikenal pasti sebagai tempat tumpuan kumpulan remaja berkasih sayang, langsung tidak menyedari perbuatan mereka mencemar kesucian Ramadan dan memalukan umat Islam.

Pengunjung, Muhamad Sabri Hisyam Embong, 43, berkata tindakan tidak bermoral segelintir remaja duduk berduaan di kawasan Lagun Kuala Ibai di kawasan sunyi sangat memalukan kerana mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Katanya, Ramadan sepatutnya diisi dengan amal ibadat dan kegiatan berfaedah bukannya berfoya-foya seperti orang yang tidak ada pegangan hidup.

"Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan," katanya sambil menambah tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa segan membawa anak-anak beriadah di situ.
Nor Azura Ahmad Bahtiar, 38, yang ditemui di Taman Rekreasi Pulau Kambing berkata dia berasa tidak senang dan malu dengan keletah ramai pasangan mudi mudi.

"Sudahlah tidak menghormati Ramadan, perbuatan mereka memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,” katanya.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

2 Org je Komen:

amey bakri said...

mencolok kew menjolok pih??

Apitz said...

menaik nafsu op ? hahaha

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor