Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, August 15 | Monday, August 15, 2011

"Nampaknya masalah sosial, dadah, mat rempit di negeri Terengganu Darul Iman makin hari makin terlalu parah, hinggakan polis pun bimbang. Kalau polis pun dah takut, rakyat jelata apa lagi. Masih selamat, aman dan makmurkah Terengganu ? Penagih dadah naik 1,366 peratus. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, itulah jalan penyelesaiannya, tiada pilihan alternatif lain.

 *************************
Tindakan ganas mat rempit terhadap polis membimbangkan
Harian Metro 26 Sep 2010  
KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terbabit dalam gejala rempit terhadap poliskini semakin membimbangkan. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan mat rempit termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan saja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang. 
Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara. 
"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terbabit dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan. 
Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ. 
Kejadian berlaku pada jam 11.30 malam 15 September lalu ketika Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini. 
Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis. Sementara itu, Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri ketika mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 September lalu. 
Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.  
Katanya, laman sosial Facebook itu usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa.- Bernama
  Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%
Kosmo 21 Sep 2010 
KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. 
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91). 
"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun. 
Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor