Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, June 15 | Friday, June 15, 2012



Lelaki ialah makhluk Tuhan paling seksi. Kalau tiada lelaki, maka tiadalah wanita.


Banyak orang kata, hati wanita umpama kristal. Kena jaga betul-betul agar sentiasa mekar, gemerlap dan tidak hancur.

Tapi sebenarnya lelaki ialah makhluk yang hebat! Biar wujud kehancuran di hatinya, lelaki biasa akan berusaha kekalkan ketenangan dalam penampilannya. Mungkin itu dianggap sebagai ego lelaki. Tetapi itu adalah lumrah seorang lelaki. Lelaki yang hebat akan sentiasa cool walau apa jua perkara yang terjadi pada dirinya.

Mungkin bagi sesetengah perempuan agak sukar rasanya untuk memahami lelaki. Tetapi lelaki ialah insan yang sangat fleksibel sifatnya. Lelaki mudah untuk cuba memahami situasi dan jarang mencampur adukkan unsur emosi dalam membuat keputusan. Namun demikian, unsur ego dengan keputusan yang dibuat lelaki selalu mengganggu perasaan orang lain.Susah sangat ka nak jaga hati lelaki? Tak susah sebenarnya.

Kalau anda seorang wanita, jagalah hati lelaki dengan kurang emosi.
Kalau anda lelaki, yang mungkin terasa susah nak jaga hati ayah anda, anda cuba letakkan lebih perhatian kepada beliau.

Lelaki kalau muda umurnya, pada kebanyakan situasi amat sukakan dirinya tampak dihargai.
Lelaki kalau agak berumur orangnya, dia perlukan lebih perhatian.

Gunakanlah apa sahaja kaedah yang anda ada untuk memenangi hati lelaki. Mereka tetap akan memimpin anda dengan baik. Berusaha dan berdoa selalu. Ikhlaskan hati dan buatlah dengan tenang. Lebih tenang anda berusaha, lebih berkesan anda untuk memenangi hati mereka.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor