Terkini, saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa jenama dan jenis coklat di Langkawi yang dijual sebagai produk halal mengandungi DNA babi; walaupun hakikatnya produk import tersebut memang tiada tanda halal, dan diyakini juga tiada sebarang tanda pengesahan halal dari badan-badan antarabangsa yang lain.
Agak berlainan dengan kes Cadbury yang memang ada tanda pengesahan logo halal, tetapi telah dikesan mengandungi DNA Porcine.
Jenama dan jenis coklat di Langkawi positif ada DNA porcein - Amat mendukacitakan, ia dijual secara terbuka oleh syarikat yang dimiliki oleh bumiputera muslim; yang kalau difikirkan ia adalah salah dari segi etika seorang peniaga yang beragama Islam. Mungkin ini adalah satu kesilapan yang mungkin boleh diperbaiki dan diambil pedoman oleh pihak berkenaan.
Jenama Coklat di Langkawi Diuji Positif DNA Khinzir
Saya difahamkan, jenama-jenama coklat dijual di Langkawi ini telah disahkan menerusi ujian mengandungi DNA babi. Semua jenama coklat yang diuji adalah jenama import dan tidak mempunyai sebarang logo halal, daripada mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.
Gambar dan foto jenama coklat sah ada porcine ini dikhabarkan tersebar luas menerusi media alternatif termasuklah di laman sosial Facebook.
Gambar dan foto jenama coklat sah ada porcine ini dikhabarkan tersebar luas menerusi media alternatif termasuklah di laman sosial Facebook.
Coklat jenama terkemuka dan diimport dari negara luar, apatah lagi dari sebuah negara yang bukan majoriti beragama Islam sepatutnya dinilai secara berhati-hati. Saya pernah ditempelak kerana menyiarkan post berkaitan sebuah jenama coklat terkenal yang digemari ramai iaitu Pepero; yang telah disahkan oleh Jakim tidak ada sebarang pengesahan halal, walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa produk itu halal dimakan dan tidak perlu rasa ragu-ragu mengenainya.
Malah, ada insan-insan prihatin yang menganggap apa yang saya tulis cuba untuk menutup periuk nasi mereka memandangkan mereka menjual produk Pepero keluaran syarikat Lotte dari Korea. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya telah membuat satu post susulan di sini -Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea
Saya tidak menyangkal, logo halal adalah sekadar logo untuk pengesahan. Mungkin benar, bahan-bahannya adalah halal, tidak semestinya produk import yang tiada logo halal itu tidak boleh dimakan; tetapi bagaimanakah nak dibuktikan ia bebas daripada bahan tidak halal sepertimana yang diketengahkan dalam kes Cadbury yang sedang hangat diperkatakan?
Terfikir saya, dan anda patut juga memikirkannya.
Kredit Foto: Melvister.com

0 Org je Komen:
Post a Comment