Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, May 12 | Monday, May 12, 2014

Beijing – Artis terkenal China, He Yunchang mempamerkan karyanya ‘One-Meter Democracy’ yang antara lain memaksanya memotong bahagian badannya untuk mengeluarkan satu tulang rusuk tanpa menggunakan bius. Tulang rusuk itu kemudian dipakai pada lehernya seperti rantai.
He – yang mendakwa karyanya itu bertujuan ‘mengetengahkan ketegangan antara individu dan kerajaan’ – melakukan prosedur itu dengan dipantau doktor sebelum potongan dibuat sepanjang satu meter dari leher ke pahanya pada sebelah kanan badan. Projek itu turut membabitkan sesi ‘undian’ membabitkan 25 pengundi yang bertujuan membayangkan proses demokrasi.
Difahamkan, 12 pengundi menyokong projek itu manakala 10 menentang dan tiga berkecuali. Mengulas projeknya itu, He berkata: “Saya mahu hasil karya saya membuatkan orang berfikir. “Masyarakat China amat kompleks dan saya menganggap penting untuk menggabungkan kekuatan minda serta badan dalam berdepan realiti,” katanya. He terkenal dengan karya yang menguji tahap kekuatan dan ketahanan fizikalnya.- Sumber newshub.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor