Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada
menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu
diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ
أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا
تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى
مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya
sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan
untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan
kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang
engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan)
kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan
sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam
ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik
dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar
telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang
sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut
dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah
menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif,
telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat
dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu
dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu
berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
(al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri,
al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur
panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut
tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan
petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah
memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk
kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan
hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih
berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka
tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.
Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki
jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah
berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap
tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden
pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F.
Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun.
Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia
benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa
penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah
meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya
jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini
ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ
أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ
سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا
بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ
ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا
سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى
أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ –
رواه الإمام أحمد
“Seorang hamba muslim bila usianya
mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan
amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah
berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai
70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika
usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan
menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun,
Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang
dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota
keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.
(riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling
awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus
konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.
Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa
hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2
juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk
senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa
mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt
mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke
neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia
40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab
beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku
melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di
dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya
saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu
juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia.
Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari
dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang
hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di
antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life
began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan
ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya
dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa
sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa
alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia
40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka
rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.
Ramai manusia tertipu dengan keindahan
dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga
kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau
miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan
gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok
untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang
pada bila-bila masa..
Sumber:FB UAI
www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 Org je Komen:
Post a Comment