Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Sunday, June 1 | Sunday, June 01, 2014








SAAT romantik sepasang kekasih yang meluangkan masa bersiar-siar di Tebingan Kuching bertukar cemas dengan kehadiran dua perompak bersenjatakan pisau malam kelmarin.

Ia merupakan insiden terbaharu dalam siri jenayah yang dilihat semakin berleluasa di kawasan tumpuan ramai itu sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 20-an berdua-duaan menikmati suasana di Tebingan Kuching sekitar jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, saat indah itu tidak kekal lama apabila mereka didatangi oleh dua lelaki tidak dikenali yang mana seorang daripadanya terus mengacukan pisau ke arah mereka.

“Pasangan kekasih itu mulanya tidak melawan sebelum seorang daripada suspek bertindak menarik beg tangan mangsa (wanita) dan ketika itu teman lelakinya yang cuba mendapatkan semula beg tangan tersebut dibelasah oleh mereka (suspek),” kata sumber.

Kedua-dua perompak kemudian terus melarikan diri dari tempat kejadian bersama-sama beg tangan mangsa yang hanya mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai RM6.

Pasangan kekasih itu tiba di Balai Polis Simpang Tiga, Kuching beberapa minit kemudian untuk melaporkan mengenai kejadian tersebut sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.

Sehingga semalam, terdapat beberapa kes jenayah seperti gaduh dan rompak dilaporkan berlaku di kawasan Tebingan Kuching sejak akhir-akhir ini yang dilihat semakin membimbangkan.

Justeru, pihak polis diharapkan agar lebih kerap melakukan rondaan di kawasan berkenaan yang mana juga merupakan kawasan tumpuan ramai dan tarikan pelancong.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor