Demi cinta, seorang lelaki memeluk erat mayat kekasihnya yang putus kepala selepas mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Meranek, di sini tengah malam kelmarin.
Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Ninie Asmida Hasbi, 20, membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh pula oleh sebuah motosikal.
Motosikal terbabit dipercayai menggilis badan gadis itu menyebabkan kepala mangsa terputus. Teman lelakinya memeluk erat mayat sebelum menutup bahagian kepala yang terputus dengan bajunya.-bharian
4 Org je Komen:
kesian plak aku baca berita ni.. :(
Ketat sgt seluar pakai..kul 1 pagi kuar ngan pakwe lagi????...itu lah budak pompuan skrg takde moral..kite dulu2 selepas jam 7 mlm memang x dibenarkan keluar kecuali bertemankan ibubapa..selamat menempuh alam barzakh..
Mengangkang jer aku nmpk tak peluk pon
Orang dah meninggal tak baik kutuk.. Doa kan kesejahteraan dia dah cukup. Tak baik nak cakap bukan2. Kita tak kenal dia.
Post a Comment