Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, June 13 | Friday, June 13, 2014



Info Perkahwinan 16 petua agar suami menyayangi anda.Setiap perkahwinan pastinya kita inginkan kebahagian.Kebiasaanya waktu bercinta memang berlainan selepas berkahwin terutamanya jika mempunyai anak.Jika tidak sabar rumah tangga yang dibina pasti hancur berkecai jadi admin ada menyediakan Beberapa petua yang dapat membantu anda dalam usaha menambat hati suami: 
 
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau . boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau . kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas . mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..
15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti . keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut . mengurut suami dari semasa ke semasa.





www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor