KUALA TERENGGANU : Seorang pelajar kolej di sini, semalam mengaku
salah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan cuba menyembunyikan
kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu secara sulit, April
lalu.
Suzain Aharin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen
318/511 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya di depan Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Sesyen, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.
Dia yang berasal dari Ranau, Sabah, didakwa cuba menyembunyikan
kelahiran seorang bayi di sebuah rumah di Flet Awam Padang Hiliran, di
sini, pada jam 2.30 pagi, 22 April lalu.
Suzain berdepan hukuman penjara sehingga setahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Ikat jamin RM500
Sejurus pengakuannya direkodkan, Muhammad Firdaus menetapkan 10 Jun ini
sebagai tarikh sebutan semula kes di mahkamah sama dan membenarkan
Suzain diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar pada 23 April lalu, melaporkan seorang penuntut sebuah kolej di
bandar ini ditemui berlumuran darah dalam tandas di rumahnya, manakala
bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditemui mati dalam mangkuk tandas.
Bayi yang cukup sifat itu dilahirkan secara sembunyi di tandas rumah
sewa pelajar terbabit sebelum kejadian disedari seorang rakan
serumahnya.
Rakan suspek yang terkejut melihat keadaan pelajar itu terbaring tidak
bermaya di depan pintu tandas, kemudian menemui mayat seorang bayi
lelaki dalam mangkuk tandas.
Sumber: BH Online
www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 Org je Komen:
Post a Comment