Saya gadis berusia 26
tahun dan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati pada pertengahan
2013. Suami anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dia tinggal di utara
bersama mentua.Sebelum berkahwin, kami pernah berbincang mengenai
perancangan masa depan, namun sehingga kini suami keberatan untuk
berjauhan dari keluarganya.
Justeru, dia meminta saya mempertimbangkan permintaannya untuk tinggal bersama ibu bapanya, sedangkan dia tahu ibunya tidak menyukai saya.Saya berat hati dan enggan berpindah dari Kuala Lumpur ke utara kerana bimbang sebaik tinggal bersama mentua, hubungan kami akan bertambah buruk.
Saya bimbang jika terus tinggal bersama, ada saja yang tidak kena pada matanya dan dijadikan alasan untuk memburuk-burukkan saya di depan suami.Saya mula rasa menyesal dan tertipu dengan janji suami untuk hidup berdikari. Patutkah saya mengalah dalam soal ini?
GEENA
Kuala Lumpur
Tidak salah rasanya puan mengalah demi kesejahteraan ibu mentua serta suami. Dengan melakukan sedikit pengorbanan, diharap hubungan puan dengan ibu mentua bertambah baik. Mungkin itu perancangan suami supaya hubungan puan serta ibunya bertambah baik. Seharusnya puan menghargai usaha murni suami. Dapatkan nasihat suami mengenai perkara disukai serta dibenci ibu mentua supaya puan dapat sedikit gambaran dalam memujuknya.
Hati ibu mentua tentu ibarat kerak nasi, kalau direndam dalam air, lama-lama akan lembut juga.Terletak kepada kesungguhan saudari untuk memikatnya. Itu tanggungjawab puan sebagai menantu. Mengasingkan diri mahupun mengelak tidak akan mengubah keadaan.
Jangan memberi tekanan kepada suami kerana kewajipannya terhadap ibu bapa jauh lebih besar daripada puan. Hargai ibu mentua dan asuh diri untuk lebih banyak bersabar.

www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 Org je Komen:
Post a Comment