Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, June 13 | Friday, June 13, 2014



Memang Kena Tahu!! mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang patut dibuat jika langgar sumpah ialah manusia bila marah tidak dapat mengawal emosi lalu mula membuat atau bercakap bukan-bukan berikut admin kongsikan dengan pembaca mengenai sumpah

Antara saya dan pasangan berlaku pertengkaran kecil baru-baru ini. Berikutan itu, saya menghantar satu SMS untuk memberi kepercayaan kepadanya. Ia berbunyi seperti: ‘Saya berjanji dan bersumpah jika terjadinya perkara begini lagi, maka dengan ini gugur hubungan kita.’

Bagaimanapun, pasangan saya tidak bersetuju dengan SMS yang saya berikan itu. Mohon perjelasan Dr, adakah ini dikira taklik dan jika benar, bagaimanakah untuk saya membatalkan taklik ini? Bantuan Dr amat dihargai.

Abidurrahman


Kuala Lumpur


Cerai taklik ialah perceraian yang dikaitkan dengan sesuatu syarat ditetapkan. Kata-kata di atas termasuk dalam kategori taklik cerai. Ia juga dibuat dalam bentuk sumpah.Anda boleh membatalkan sumpah berkenaan. Cuma ia perlu dibayar kafarah (kifarat) sumpah apabila sumpah dibatalkan.

Termasuk dalam kafarah sumpah ialah sama ada anda (memilih) memberi makan 10 orang miskin, memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba.Sekiranya anda tidak mampu melakukan satu daripadanya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari sebagai ganti.

Hal ini dijelaskan dalam ayat al-Quran, maksudnya: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah kamu yang tidak disengajakan, tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.

“Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

“Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah.“Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Ma’idah, ayat 89)






www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor