Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 18 | Wednesday, June 18, 2014


KUALA LUMPUR – Piala Dunia yang sedang berlangsung dijangka tidak berbeza berbanding dua edisi lepas apabila lebih dari 55 peratus syarikat menyatakan kehilangan produktiviti dalam kaji selidik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagi kejohanan kali ini di Brazil, peminat mahu menonton perlawanan secara langsung, yang disiarkan dari tengah malam hingga awal pagi.

“Hasilnya, pekerja tidak cukup tidur dan menjadi kurang produktif di tempat kerja,” katanya pada seminar ‘Medical Absenteeism’ di sini, Selasa.

Beliau berkata MEF juga menganggarkan bahawa negara ini mengalami kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat sijil perubatan palsu.

“Ini perlu ditangani,” katanya.

“Ramai yang pergi ke klinik ambil cuti sakit dan kemudian melakukan urusan sendiri seperti melibatkan diri dalam perniagaan atau pun ke luar negara,” kata Dr Hilmi, sambil menambah terdapat kira-kira 12 juta pekerja di dalam sektor awam dan swasta.

Menurut MEF, majikan turut mengalami kehilangan 26.3 juta orang pekerja dalam setahun disebabkan oleh cuti sakit, katanya.

Kajian di seluruh negara mendapati bahawa majikan secara kumulatif telah membayar RM8.12 bilion anggaran bagi masalah perubatan terhadap 6.5 juta pekerja sektor swasta di seluruh negara.

Dr Hilmi berkata ini merupakan satu cabaran kerana negara bercita-cita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

“Majikan membayar kira-kira RM3.3 bilion untuk menyelesaikan bil-bil perubatan,” katanya.

Pada seminar itu, beberapa penceramah menekankan bahawa punca lazim ketidakhadiran disebabkan masalah buli, gangguan, tekanan, moral rendah, penjagaan kanak-kanak dan warga tua, kemurungan, penyakit, kecederaan dan mencari kerja lain. 

Sumber: mStar Online


www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor