Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, May 22 | Thursday, May 22, 2014

Tangan pelajar terlekat di pagar sekolah yang tajam ketika cuba pulang awal ke rumah.

Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.
“Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
“Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu,” katanya.-Harian Metro, gambar Facebook Bomba dan penyelamat.





Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor