Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 7
------

Pukul 2 pagi.

Zam memecut motornya ke kawasan sekolah. Dia mahu bertemu abang jaga.

Ada benda yang dia nak tanyakan.

Pedih di muka masih terasa. Luka masih baru.

**

"Aku harap kau boleh jawab soalan aku ni."

Zam duduk bertenggek di motornya. Menghadap si jaga. Telah dianggapnya si jaga itu seolah-olah gurunya. Guru kamceng sampai boleh cakap macam adik-beradik.

Abang jaga menggosok janggutnya yang tak berapa panjang.

"Silakan."

"Kau nampak aku dah baik tak sikit?"

"Adalah sikit. Maksud aku, kau dah tak tibai pelajar lain tu dah cukup baik. Ke sekolah pun dah rajin."

"Kau yakin aku dapat Syurga?"

Abang jaga terdiam.

"Aku bukan Tuhan untuk jawab soalan tu. Tapi, selagi kau lurus hati berubah kerana Allah, maintain jadi baik, sabar hadapi segala dugaan, buat apa yang Allah nak dan tinggalkan yang dilarang..insya-Allah, kau ada harapan.

Meski aku sendiri pun belum tentu ahli Syurga. Entah-entah sekarang sudah tertera label ahli neraka di muka. Malaikat duduk kutuk dan cerca. Siapa tahu."

Zam menghela nafas pendek. Mendongak ke langit. Bulan tampak jauh di atas bercahaya.

"Macam mana luka kau? Aku tengok dalam juga tu. Kenapa tak jahit saja?"

Zam menoleh menatap mata abang jaga.

"Okay. Esok lusa surutlah luka ni. Nak jadi ahli syurga kena sabar, kan? Jadi aku fikir, luka ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa lepas aku. Apalah sangat ni. Mujur Allah tak balas lagi dahsyat. Accident ke. Patah tulang ke. Tsunami ke.

Biarlah. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku ingat benda ni sampai akhir hayat. Setiap perbuatan buruk, dibalas buruk."

Abang jaga bertanya lagi,

"Habis muka dah tak hensem kau okay ke?"

Zam senyum kambing.

"Apa kau ingat aku nak jadi model ke nak hensem-hensem? Aku nak jadi ahli Syurga. Itu cita-cita aku.

Muka hensem tak ke mana.
Iman hensem, pasti dihensemkan berjuta kali ganda di Syurga."

"Habis, kau tak nak gadis-gadis suka dekat kau?"

"Tak penting. Gadis yang suka lelaki semata-mata kerana wajahnya, bukan gadis yang tulus hati. Gadis pandang duit, harta dan kerja, tu gadis materialistik. Yang pandang rupa, tu gadis rupalistik. Poyolistik. Pergi matilistik. Plastik."

Abang jaga tergelak sendiri. Agak matang pemikiran budak lelaki di depannya.

"Berfalsampah kau ya."

"Beritahu aku, bagaimana jalan ke Syurga?"

Abang jaga tersenyum melihat kesungguhan lelaki di hadapannya.

"Ada syair yang dilantunkan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal kepada beliau. Hingga buat beliau menitiskan air mata. Aku ingat sikit saja. Maksudnya lebih kurang begini;

'Jika Tuhanku bertanya padaku,
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa.' "

"Hm..baik. Aku dah faham. Ajarkan aku solat taubat. Boleh? Aku dah bawa 2 sejadah."

Lalu Zam hamparkan sejadah menghadap kiblat di tapak perhimpunan sekolah.

Kedua-duanya mengambil wuduk. Abang jaga imamkan. Diajarkannya niat dalam bahasa Melayu, 'Sahaja aku solat sunat taubat kerana Allah Ta'ala.'
Membaca al-Fatihah dan surah lazim yang ringkas di kedua-dua rakaat. Rukuk dan sujud penuh khusyuk. Di setiap sujud dilamakan sedikit kerana di setiap sujud itulah saat paling mustajab doa hamba dengan Tuhannya.

Dua insan memohon keampunan penuh khusyuk di hening malam.

Zam menitiskan air mata ketika solat. Sungguh, ini julung kali dirinya melakukan solat taubat.

Ada beza besar antara manusia yang menghadap Tuhannya dengan rasa dirinya berdosa dengan manusia yang ego berjumpa Allah dengan rasa 'kerana solat itu wajib, maka aku tunaikan solat.' Solat fardu kerana ianya wajib semata-mata tanpa hati merasakan kehadiran Allah.

***

Paginya, Zam ke sekolah seperti biasa. Sudah berada dalam kelas. Kawan-kawan dan pelajar lain melihatnya macam orang asing. Jadi tumpuan macam selebriti.

Zam taiko sekarang dah betul-betul taiko. Dengan muka berparut. Nampak gengster. Nampak makin garang.

Seorang kawan dalam kelasnya, budak usrah. Menyapa lembut Zam.

"Pedulikan dorang. Bagi aku, kau macam Ghuraba' "

Zam menoleh tajam. Budak kaki usrah tu takut juga pandang matanya.

"Ghuraba' tu apa?"

"Oh. Ghuraba' tu maknanya orang asing yang cintakan Islam. Yang berjuang ikut al-Quran dan Hadis hingga terbunuh di jalan Allah. Islam itu bermula macam satu benda yang sangat asing pada pandangan masyarakat kafir sedunia. Kemudian, ianya berkembang pesat jadi sinonim. Kemudian, akhir zaman Islam kembali dagang atau asing. Orang yang terima Islam dipandang pelik. Orang yang tolak Islam makin ramai. Heh. Zaman kita inilah."

Zam menepuk-nepuk bahu kawannya tu. Senget sebelah bahu sang member. Zam tegap orangnya. Si budak usrah agak lembik.

"Tengkiu. Nanti aku belanja kau air sirap rehat nanti."

Masa Bahasa Inggeris.

Teacher melangkah masuk ke kelas.

Pelajar semua bangun memberi salam hormat dan membacakan doa sebelum belajar.

Teacher memakai shawl halfmoon warna pink. Dalam tengah berdoa, dia cuba memandang ke arah Zam. Cuba melihat wajahnya. Perasaan bersalah makin menebal. Ingin sahaja dia masuk kelas tadi, terus nak berjumpa Zam dan menanyakan keadaannya ok ke tak.

Mata teacher sedikit merah. Semalaman dia tak dapat tidur. Fikir tentang lelaki ini.

Kebetulan Zam pun terpandang teacher.

Mata bertentang mata.

Teacher teringatkan mimpinya.

Teacher berdebar-debar kuat.

Pelajar semua dah duduk selesai berdoa. Teacher masih lagi menadah tangan dan memandang tepat pada Zam.

Zam bersuara,

"Teacher, panjangnya doa teacher. Baca qunut ke?"

Teacher cepat-cepat tersedar dari lamunan. Pelajar-pelajar terkekek-kekek melihat telatah guru mereka.

Teacher merah padam muka.

Malu.



Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor