Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, August 17 | Wednesday, August 17, 2011

KUALA LUMPUR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera parah dalam satu pergaduhan di luar pekarangan sekolah mereka petang ini.
Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai dari dua sekolah lain, di luar pintu sekolah pada kira-kira pukul 1.15 petang, semasa hendak pulang.

Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan.

Salah seorang pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata, beliau diserang semasa cuba meleraikan pergaduhan dan semasa cuba membantu seorang rakannya yang dipukul.


"Mereka datang dan serang kami secara tiba-tiba. Saya cuba selamatkan rakan tapi dipukul di bahagian kepala," katanya. -Bernama
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor