Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, August 17 | Wednesday, August 17, 2011

MELAKA: Seorang pesakit yang cedera parah ketika dibawa dengan ambulans yang dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat persimpangan Seri Negeri di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini.
Mariam Baba, 73, dari Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meninggal dunia kira-kira 9.10 pagi.

Zaidi Senan, 43, anak bongsu kepada Mariam memberitahu pemberita di hospital ibunya mati selepas menerima rawatan lanjut.

"Sebab kematian tidak diketahui kerana masih menunggu jenazah yang akan dibedah siasat," katanya yang merasa terkilan dengan kematian ibunya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Mariam, seorang pesakit kritikal yang dilaporkan sebagai mangsa samun dan dua lagi termasuk seorang doktor dan jururawat mengalami cedera parah ketika dalam perjalanan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, ASP V Gunasegaran berkata sebuah teksi merempuh ambulans berkenaan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbalik.

Pemandu ambulans itu Mambang Rudy Hartono, 41, serta pemandu teksi Ali Muhamad, 30, hanya mengalami cedera ringan sementara doktor dan jururawat yang tidak didedahkan identiti mereka dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. - Bernama
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor