Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Sunday, September 4 | Sunday, September 04, 2011

SEMAKIN hari semakin kencang pelawak dan pelakon Zizan Razak membina nama dalam industri hiburan. Tapi dalam tempoh itu, dia juga dikatakan mula ‘hidung tinggi’ dan lupa di mana bumi dipijak.
Mungkin benar kata bijak pandai dalam industri hiburan, populariti kadang kala boleh menjatuhkan. Jika tidak kena pada caranya ia juga boleh memalitkan lumpur lantas mengotorkan nama sendiri.

“Bagi saya biar populariti itu yang mengejar kita. Tapi saya pentingkan produk terlebih dulu barulah populariti datang sendiri.
“Jangan cipta populariti kononnya nak glamor dengan cepat. Harapan saya apabila bekerja supaya orang terhibur dengan produk itu,” katanya yang sibuk mempromosi filem Hantu Bonceng yang sedang di tayang sempena Aidilfitri ini.

Jelas anak jati Terengganu ini, dia jenis yang tumpu pada kerja. Jika tidak, dia bimbang akan lalai dek disapa rapat populariti. Baginya, lebih baik tumpu pada kerja daripada mengarahkan kiblat ke arah itu.

Tatkala diusik dengan soalan pernahkah dirinya hampir terbabas dek penangan populariti yang dikecapi, Zizan dengan nada tenang bersyukur kerana masih mampu mengawal diri. Malah dengan seloroh Zizan sengaja bertanya maksud dan rupa populariti yang dimaksudkan.

Rancak berbual mengenai filem terbaru lakonannya yang menggandingkan Zizan bersama Juliana Evans dan Jue Aziz, SELEBRITI bertanya mengenai khabar angin mengatakan Zizan sudah mula berlagak sehingga mengundang rasa kurang senang banyak pihak, terutamanya pihak produksi yang menawarkan kerja kepadanya.

Tidak semena-mena Zizan terdiam seketika. Senyum tawar mula terukir seolah hatinya terusik dengan dakwaan itu. Tapi perlahan-lahan dia menarik nafas lantas bersuara semula.
“Saya tak tahu nak jawab macam mana. Jika jadual padat dan tidak dapat penuhi permintaan pihak produksi yang berkehendakkan saya, bermaksud saya ‘demand’? “Kenapa cakap saya macam tu? Apa sekalipun saya tidak kisah pada hal-hal seperti ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika saya suka buat sesuatu kerja itu, tak bayar mahal pun tak apa,” jelas Zizan lagi.

Katanya, sebagai artis dia ada hak untuk menolak. Antara sebab dia terpaksa menolak tawaran ialah tatkala jadual penggambaran yang bertindih dan skrip yang tidak sesuai.

Untuk kerjaya, dia akui perlu pilih mana satu yang selesa dengan dirinya. Malah tanpa berselindung, sekalipun dia dibayar mahal tapi tidak mampu lakukannya adalah lebih baik ditolak agar tidak menjatuhkan kredibilitinya sebagai pelakon.

Sekali lagi dia dilontar dengan soalan berkaitan disiplinnya yang dikatakan mula goyah. Sehinggakan ada suara mendakwa dia mula leka, sering datang lambat ke lokasi sehingga tidak prihatin pada jadual penggambaran yang diberikan padanya.

“Saya tidak nafikan hal itu ada berlaku tapi terus terang kerja saya memang penat. Saya faham kalau ada ‘cakap-cakap’ belakang. Kadang-kala hal ini berlaku secara tidak sengaja.

“Jika lambat ke lokasi saya akan maklumkan kepada pihak terbabit. Bila dalam keadaan penat contohnya sedang tidur kita tak sedar. Kalau saya tidak terjaga atau baru bangun, saya akan terus telefon, beritahu saya lewat dan minta maaf,” katanya penuh jujur.

Walaupun dihambat soalan-soalan ini, Zizan dengan tenang tidak kecewa dan akur ia sebagai peringatan kepada dirinya. Malah dengan nada penuh positif dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur.

Katanya, ia bermakna semua orang prihatin dengan perjalanan kerjayanya dan mahu melihat dia berjaya dalam industri.

“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku sebab saya tidak pernah ’demand’. Itu rezeki saya. Inilah pekerjaan saya dan saya tidak akan tolak tanpa sebab yang kukuh,” jelasnya.

SUMBER MYMETRO!
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

1 Org je Komen:

Zul Fattah said...

oit.. zizan ok ape..?

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor