Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 20 | Wednesday, June 20, 2012




Tahun baru maka ramailah lelaki di luar sana yang berhasrat ingin  membaikpulih imej diri. Membaiki imej tidak tertumpu pada dalaman semata-mata kerana rupa paras merupakan aspek terpenting yang ditatap oleh anasir luar.
Jika diperhatikan, produk penjagaan  lelaki agak kurang dipasarkan beberapa tahun yang lepas. Berbeza pula dengan keadaan pasaran masa kini di mana pelbagai jenis barangan penjagaan untuk sang teruna boleh dilihat di rak-rak farmasi. Ini merupakan satu simbolik yang membawa maksud penjagaan diri bagi lelaki dilihat sebagai sesuatu yang wajar dipandang berat dan bukan sekadar menarik perhatian kaum hawa.
Penjagaan Kulit
Ada yang beranggapan, penjagaan kulit sesuatu yang melecehkan dan tidak penting. Namun tidak susah hendak menjaga kulit sendiri. Semudah membilang satu dua dan tiga, gunakan produk sabun yang bersesuaian dengan kulit dan tambahan pelembap jika perlu. Kebiasaannya pelembap mengandungi ciri-ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari punca utama penyebab kulit kelihatan berusia. Tahukah kamu bahawa produk kulit yang mengandungi retinol berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah?
Rawatan Wajah
Sudah nama pun remaja, pastinya tumbuh jerawat pada muka sang teruna.  Secara tidak langsung, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang lebih rendah berbanding jejaka yang mempunyai wajah bersih sempurna. Kembalikan keyakinan diri dengan menggunakan produk rawatan yang mampu merawat jerawat dan jeragat pada muka. Jika masih tidak berkesan, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
Bau Badan
Jika kamu jenis yang   kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Kamu juga boleh mengenakan deodoran atau bedak talkum bagi mengurangkan bau badan selepas mandi. Setiap lelaki perlu mengambil perkara ini secara serius kerana kamu tidak akan dapat menghidu dan mengesan bau badan sendiri tetapi orang di sekeliling mungkin tidak senang dengannya.   
Rambut
Sudah menjadi lumrah tidak kira lelaki atau perempuan, rambut adalah mahkota  perhiasan peribadi. Kaum Adam tidak perlu merasa bahawa mereka melakukan satu pembaziran apabila mengeluarkan sejumlah wang untuk perapian rambut. Jika kebiasaannya kamu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, sekali-sekala cuba beralih angin ke salun dandanan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang lebih sesuai.
Diet
Badan kurus tidak bermakna orangnya sihat. Seeloknya amalkan pemakanan yang  berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan yang mengandungi kolesterol dan lemak tinggi. Mungkin sesuatu yang baharu kepada kaum lelaki tetapi diet yang seimbang yakni diet yang juga mengandungi buah-buahan serta sayursayuran akan membuatkan rambut dan kulit kamu tampak lebih sihat.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor