Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, April 22 | Tuesday, April 22, 2014

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sekali-kali ada sesiapa dalam kalangan saudara berdoa begini: Ya Allah, ampunkan saya sekiranya Engkau mahu. Ya Allah, kasihanilah saya sekiranya Engkau mahu. Mintalah bersungguh-sungguh, sebab tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan bersungguh-sungguh.
Allah SWT suka kepada hamba yang sentiasa meminta kepada-Nya dan sebab itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa. Malah, umat Islam diingatkan supaya tidak bersikap sombong kepada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya tempat kita bergantung.
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan bersungguh-sungguh”
Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta rezeki.
Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yakin kepada janji Allah
Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu mungkin menanti di akhirat nanti.
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor