Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, June 10 | Tuesday, June 10, 2014



Instagram sekarang ini rasanya sudah menjadi satu platform alternatif terbesar buat para artis untuk mendekati peminat mereka. Mudah & interaktif ‘kan?

Laman berita mStar Online hari ini tampil dengan laporan ringkas mereka tentang kedudukan terkini para selebriti dalam senarai siapakah yang paling popular di Instagram ketika ini dan pasti yang berada dalam senarai tidak mengejutkan sesiapa.

Nora Danish dengan lebih 828,000 pengikut menduduki takhta paling popular di Instagram diikuti Datuk Siti Nurhaliza dengan 622,000 dan dengan bilangan pengikut seramai 601,000 Lisa Surihani melengkapkan senarai Top 3.

Secara kebetulan, selebriti lelaki paling popular di Instagram berada di kedudukan keempat iaitu Zizan Razak dengan bilangan pengikut seramai 589,000. Beliau diekori rapat (hehe) oleh Emma Maembong yang juga merupakan kekasihnya dengan 588,000.

Senarai yang dikeluarkan untuk 15 orang artis itu turut menyenaraikan Shila Amzah (558,000), Scha Al-Yahya (525,000), Fazura (500,000), Elfira Loy (493,094), Fasha Sandha (438,000), Aaron Aziz (419,000), Neelofa (409,000), Nelydia Senrose (403,000), Erra Fazira (364,000), Nabila Huda di tangga terakhir dengan 357,000 pengikut.






www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor