Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, May 22 | Thursday, May 22, 2014


Mohammad Hisyamuddin Yunus ketika dibawa keluar dari mahkamah sesyen setelah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 19 sebatan.-Sinar Harian

Seorang lelaki yang ditahan setelah dikesan melakukan empat siri samun bersenjatakan parang dan pisau rambo di kedai serbaneka dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 19 sebatan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, semalam.

Tertuduh, Mohammad Hisyamuddin Yunus, 20, dari Kampung Seberang Baruh Chabang Tiga, di sini mengaku salah terhadap pertuduhan masing-masing, dua mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan satu mengikut Seksyen 392/397 KK yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 3 Mohd Azhar Othman.

Terdahulu, Mohammad Hisyamuddin dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan perlu menanggung keluarganya termasuk ibunya yang sudah uzur.

“Saya benar-benar insaf atas kesalahan yang dilakukan, saya sedar tindakan saya ini hanya mensia-siakan usia remaja, saya janji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohammad Hisyamuddin bersama-sama dengan seorang yang masih bebas didakwa merompak sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bawah jagaan Nurul Hidayu Mat Yazid, 24, dengan mengambil wang tunai RM50 dan pelbagai jenis rokok serta pemetik api bernilai RM548 di Jalan Sultan Ismail, di sini, jam 1.50 pagi pada 11 Mac lalu.

Tertuduh yang bersenjatakan sebilah parang ketika melakukan jenayah itu dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dua sebat.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah melakukan rompakan bersenjatakan sebilah pisau rambo di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bawah jagaan Noor Syuhada Yusof, 23, iaitu wang tunai RM30 dan pelbagai jenis rokok bernilai RM166.50 di Kampung Kubang Jela, di sini, jam 4.20 pagi pada 13 April lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohammad Hisyamuddin yang didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau rambo apabila melarikan wang tunai RM47 dan pelbagai jenis rokok bernilai RM660 di bawah jagaan Muhammad Amir Izzat Mahadi, 20, di kedai 7-Eleven Pekan Batu Enam, jam 3 pagi 22 April lalu.

Bagaimanapun, Mohd Azhar memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak. Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan sebatan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen 1 Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan terhadap Mohammad Hisyamuddin selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 KK kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak harta milik Wan Drahaman Hamid, 62, iaitu wang tunai sebanyak RM915 dan pelbagai jenis rokok dengan membawa sebilah pisau di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), jam 4 pagi pada 14 April lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.-Sinar Harian
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor