Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 10
------

"Assalamualaikum. Selamat pagi.

Saya Cikgu Syabab. Saya baru diposting ke sekolah ini sejak minggu lepas. Hari ini baru lapor diri. Sepatutnya minggu lepas lagi datang, tapi ada masalah tak dapat dielakkan sikit.

Mulai hari ini, saya akan ambil alih tempat guru kelas kamu yang telah bertukar ke sekolah lain.

Oh. Saya juga telah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Sekolah ini sebagai penolong kepada Guru Disiplin kamu. Jadi, watch out. Sila patuhi undang-undang sekolah."

Zam memandang guru baru itu sebelah mata. Dia tengok kawan-kawan perempuannya dalam kelas agak tergedik-gedik tengok cikgu lelaki muda ambil alih kelas. Fokus saja tengok muka cikgu.

"Cikgu dah kahwin ke belum?" Tanya seorang pelajar perempuan.

"Aha..belum. Saya dah try misscall banyak kali jodoh saya tu tak dapat-dapat. Luar coverage kot."

Cikgu baru berseloroh. Pelajar-pelajar perempuan gelak cover-cover. Sopan santun gitu. Seronoklah tu.

Zam mata ke atas. Menyampah.

Satu masa dihabiskan dengan sesi taaruf pelajar dengan guru baru. Sampai giliran Zam taaruf, loceng pun berbunyi.

Kringgg!!

"Oh, masa dah habis. Tak sempat nak habiskan sesi suai kenal kita. Tapi, tak mengapalah. Banyak lagi lain kali, kan?"

Teacher kelihatan sudah menanti di luar bilik darjah. Dah sampai masa Bahasa Inggeris.

Cikgu Syabab mengerling ke luar kelas.

"Tu cikgu awak ke?"

"Ya, teacher kami! Cantik kan dia? Macam model teacher kita tau. Kalau nak tahu, teacher memang model tudung online dekat facebook pun."

"Huhu. Subhanallah. Saya ingatkan student sini datang nak ambil result SPM. Nampak macam student."

Pelajar semua bangun, beri salam hormat keluar kelas pada Cikgu Syabab.

Cikgu Syabab berselisih dengan teacher di luar bilik darjah.

"Masa awak, ya?" Tegur cikgu lelaki berumur baya-baya teacher itu.

"Yup. Awak ni cikgu baru sini ya?"

"Ya. Saya Syabab. Awak?"

Teacher memperkenalkan diri serba-sedikit di luar kelas kepada cikgu baru itu. Kedua-duanya tersenyum mesra. Cikgu baru itu berbunga-bunga rasa melihat si teacher.

"Dah 10 minit ni. Teacher kita tu nak masuk ke tak nak?~~"
Zam laung dari dalam kelas.

Teacher tersentak. Cepat-cepat minta diri masuk mengajar.

Zam menyampah kuasa tiga. Entah kenapa. Bukan dia nak menyampah sangat. Tapi. Ah. Lantaklah. Persetankan. Dia ada cita-cita lagi penting untuk difikirkannya.

***
Lepas masa rehat.

Zam masuk ke kelas. Dia rasa macam tak sedap hati.

Tak lama kemudian, guru-guru disiplin berserta barisan pengawas sekolah datang mengerumuni kelasnya.

Sah. Spot-check.

Guru disiplin tahu rambut Zam panjang. Tapi beliau tak berani dekati Zam. Beliau kenal siapa Zam di sekolah. Tahun dulu, tayar keretanya dibocorkan keempat-empat. Beliau tak pasti angkara siapa, tapi macam boleh agak siapa yang buat. Sebab dulu beliau pernah rampas tali pinggang rock si Zam.

Enggan cari pasal. Guru disiplin itu menyerahkan tugas memeriksa rambut pelajar lelaki kepada penolongnya si guru baru, Cikgu Syabab.

Cikgu Syabab tanpa berlengah lagi menjalankan tugasnya dengan tegas. Strict. Dengan mesin rambut di tangannya.

Zam tak dapat lari dari cikgu baru tersebut.

"Awak ni rambut panjang sangat ni. Ni datang sekolah nak mengurat ke apa ni rambut macam ni? Nak tunjuk dekat pelajar perempuan?"

Sambil diramas rambut si Zam. Zam menahan kesabaran. Buku limanya digenggam kuat di belakang badan. Kalau dulu, dah diterajang guru disiplin jika sampai menyentuh rambutnya. Tapi, kali ini dia cuba fokus pada impian murninya untuk jadi ahli Syurga. Dia kena ikut kata-kata abang jaga.

Kebetulan teacher lalu kelas tingkatan enam. Dilihatnya keadaan Zam.

"Ni kenapa ni dengan muka awak? Gaduh ke apa?"

Teacher terdengar suara cikgu baru itu agak keras memerli Zam. Sedih. Cikgu baru itu tak tahu itu adalah kerana dirinya. Teacher hanya mampu melihat dari celah tingkap.

Cikgu Syabab potong rambut Zam sampai botak. Dari luar teacher nampak Zam merah mukanya. Nampak matanya berkaca. Entah geram atau sedih.

Pelajar-pelajar dalam kelasnya cuma diam lihat Zam dibotakkan.

Lalu pelajar tingkatan 4 dan 5 berhampiran kelasnya.

Mereka menertawakan Zam.

"Wooo Zam Taiko kepala botak! Zam botak!"

Teacher segera memarahi mereka. Suruh mereka beredar masuk ke kelas.

**

Zam ke bilik air. Basuh kepalanya. Teringat kata-kata abang jaga,

"Dalam perubahan, perkara pertama sekali orang itu akan diduga adalah kesabarannya.

Jika diri kita salah, kita kena akui kita salah. Kita kena sabar akuinya salah. Seperti orang buat salah, dihukum penjara. Maka, dia kena sabar berada dalam penjara untuk tempoh sekian-sekian.

Admit salah juga salah satu dari kesabaran. Satu kemanisan iman."

Rasa macam nak menitis air matanya menahan sabar.

Lantas teringat lagi kata abang jaga,

"Ada seorang alim berkata, siapa saja yang berjuang menundukkan jiwanya dengan memaksa dirinya untuk menangis, maka sesungguhnya Allah telah memberikan hidayah kepadanya agar dapat menangis. Allah lah yang memberikan taufik kepada dirinya dalam melakukannya. Air mata itu turun dengan izin Allah. Allah yang suruh ianya keluar supaya hati jadi lembut.

Orang beriman itu menangis di dunia. Orang beriman itu akan paksa juga diri mereka menangis semahunya meratap sujud pada Tuhannya. Agar diampuni segala dosa mereka tidak kiralah melalui ujian langsung di dunia atau Allah ampunkan terus dengan rahmat-Nya.

Ramai orang ego untuk kembali taat kepada Allah menangis di dalam neraka. Tangisan mereka lebih menyayat hati dan kekal lama di dalamnya bersama api yang menyala-nyala.

Mana yang kau nak, Zam? Menangis di sini atau di sana?"

Sejurus selepas itu, lelaki itu dilihat tertunduk menangis semahunya di dalam bilik air.

Barulah dia rasa, bukan mudah menggapai Syurga.

Jalannya ada, tapi tidak semudah bicara.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor