Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 9
------

"Macam biasa."
Zam menghulurkan RM12.50 pada Abg Mael. 
Disambutnya sekotak Lucky Strike Plain.

Abang Mael dah kenal lama Zam sejak awal sekolah menengah lagi. Start dengan rokok daun sampailah rokok 20 batang. Dah hafal rokok kegemaran Zam. Dulu dia dah larang budak tu beli, tapi diambilnya juga secara paksa dari kedai.

Peliknya, budak Zam ni bayar walaupun diambilnya senyap-senyap dari cermin display rokok kedai.

Nak tak nak, dibiarkan saja. Janji budak tu tak mencuri. Tu dah cukup bagus jika dibandingkan dengan budak sekolah lain atau mat pit yang kebas duit dan rokok di kaunter.

Zam berjalan ke motornya sambil ketuk-ketuk batang rokok di kotak rokok. Dia pun tak pasti untuk apa diketuknya. Yang dia tahu, dia tengok abang-abang dan pakcik-pakcik buat macam tu. Ditirunya. Nampak macam cool saja. Mungkin untuk mampatkan isi tembakau dalam rokok. Whateverlah.

Dia bertenggek di motornya. Dengan baju sekolahnya.

Dikeluarkan lighter dari poket seluar. Tekaknya terasa geli dan mual dari tadi. Tak sah kalau tak hisap. Gelisah.

Dikepit sebatang rokok dan letak di pinggir bibir. Baru saja nak dicucuh, disapa satu suara.

"Kalau merokok, tak merahlah warna bibir tu."

Dia menjeling ke arah suara tu.

Oh. Budak perempuan di kantin tadi. Tak dihiraukannya. Cantik macam Emma Maembong pun budak perempuan tu, dia tak kisah. Dia tak berminat.

"Hai, kalau tadi awak selamatkan maruah saya. Bagilah saya peluang untuk selamatkan maruah seorang lelaki Muslim. Boleh?"

Zam tak jadi cucuh.

"Apa maksud kau?" Zam jegilkan mata.

"Maksud saya, kalau lelaki tengok wanita secara tidak sopan pun mampu mencalarkan maruah seorang wanita. Apa sepuntung rokok tidak mampu mencalarkan maruah seorang lelaki? Saya rasa ianya tidak pernah menaikkan harga diri seorang lelaki. Tambah-tambah lelaki Muslim. Muslim. Muslim.

Muslim tu orang Islam. Maksudnya, lelaki yang ada agama. Bawa agama. Maskot agama. Tak boleh dipisahkan dengan agama. Dia bawa agama tu sampai mati. Agamalah maruah diri seseorang. Tanpa agama, orang itu tiada maruah!"

Zam mengerutkan keningnya.

"Tapi, ada ustaz kata ianya makruh. Tak haram pun. So, kalau tak haram, kenapa tak boleh?"

Gadis fotogenik tu menjawab lembut,

"Makruh maksudnya DIGALAKKAN meninggalkannya. Tak buat, lebih baik. Haram maksudnya WAJIB tinggalkannya.

Kalau awak rasa ianya BAIK, saya cabar awak hisap rokok dalam masjid."

Zam mendengus,

"Aku belum gila nak hisap dalam masjid."

Gadis itu jawab,

"Kalau hisap dalam masjid dikatakan gila, apa hisap di luar masjid itu tidak gila? Adakah seseorang itu hanya bawa otak warasnya ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid dia buang terus otaknya? Hormat pada Allah ketika berada di rumah Allah. Tetapi keluar dari rumah Allah, hilang terus rasa hormat. Takkanlah Allah tertinggal di masjid semata-mata? See, maknanya dengan kata lain..

Kamu hinakan Allah secara tanpa sedar. Anggap Allah tak nampak apa yang kamu lakukan.

Begitulah juga segala perbuatan lain, dalam masjid seolah alim ulama, keluar masjid hampir saja ditolaknya Islam!"

Berdesing telinga Zam.

"Jadi, kau nak aku buat apa? Mahal ni aku beli."

"Eh, tahu pula mahal? Jual pada saya rokok tu. Saya bayar dua kali ganda. Kalau awak nak saya bayar 10 kali ganda pun saya sanggup.

Asalkan itu jadi kotak rokok awak yang terakhir."

Diambilnya kotak rokok dari tangan Zam. Dibuang 20 batang rokok ke tanah. Dipijak-pijaknya penuh geram.

Kotak rokok yang kosong itu diisinya dengan note RM50. Dikeluarkan pen dan ditulis sesuatu dalam bahagian dalam kotak rokok. Kaya betul minah ni dalam kepala Zam. Diberikan kembali pada Zam.

"Awak simpan kotak rokok berisi duit ni. Tiap kali awak rasa nak merokok, awak buka balik kotak rokok ni. Tengok apa yang saya tulis tu."

Gadis itu meminta diri pulang. Ayahnya dah sampai.

Zam buka kotak rokok tu. Dibaca tulisan di dalamnya,

"Orang yang dapat bantu saudara Islamnya yang lain adalah real hero! Gunakan duit dalam ni untuk jadi hero pada yang lebih memerlukan. Save Syrians & Palestinians.

Dari,

Cik Yuyu."

Zam pandang gadis yang dah berada dalam kereta ayahnya. Gadis tu melambai-lambai tangannya pada Zam.

Zam terlambai balik. Kemudian Zam marah dirinya sendiri,

"Wei, apasal aku lambai plak?!"

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor