Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. Part 11
------

Waktu balik sekolah.

Ramai pelajar dah balik. Zam lalu di tepi musalla. Dilihat ada beberapa pelajar tengah solat berjemaah.

Sufi pun tengah solat sekali.

Seingatnya, masa tingkatan 1 pernahlah dia solat sekali dua di musalla tu. Lepas tu, dah tak solat sampai sekarang.

Rasa rindu. Rindu nak bersolat dalam musalla. Dia pun pelik. Kenapa sekarang hatinya cepat tersentuh? Tengok sejadah, masjid, tempat solat, surau dan dengar azan, hatinya jadi sebak. Namun, dalam diam dia akui dia suka dengan perasaan seperti itu.

Sekurang-kurangnya hati tidak sekeras dulu.

Sedang dia mencongak-congak nak masuk musalla ke tak, disapa orang di belakangnya.

"Masuklah. Allah sedang menanti, kan?"

Dia berpaling terkejut.

Oh. Cik Yuyu.

Gadis kiut, cantik, awesome, gojes, flawless dan segala jenis perkataan yang berkaitan dengan jelita memang padan dengan Cik Yuyu.

Zam cepat-cepat alih pandangannya ke tempat lain. Seolah-olah tidak sudi melihat wajah Yuyu.

"Orang macam aku ni, layak ke bersama-sama orang baik-baik macam kau, macam mereka?"

Yuyu tersenyum.

"Penghuni Syurga itu bukannya tidak pernah buat dosa. Bukan semuanya maksum seperti Nabi dan Rasul kan?"

Zam berkerut kening. Trademarknya.

"Maksud kau?"

"Maksud saya, Syurga itu hanya untuk orang yang sudi menerima Allah sepenuhnya. Sebagaimana seorang suami atau isteri boleh terima kekurangan dan kelebihan pasangannya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Luar dan dalam. Zahir dan batin.

Ramai orang kata mereka mengakui Allah itu Tuhan mereka. Tetapi perbuatan kita, perbuatan mereka tidak mencerminkan sebagaimana kata-kata.

Bermadah manis di bibir saja. Berjanji yang indah-indah sahaja, tetapi saat menunaikan janji, hampa belaka.

Bagaimana seseorang itu boleh kata dia terima Allah, tetapi dia sendiri tidak bersolat? Dia sendiri tidak menutup aurat? Dia sendiri tak boleh berenggang pun dengan maksiat?

Andai seseorang itu sudi sepenuhnya. Allah lebih-lebih lagi sudi menerimanya sepenuhnya jua.

Awak sudi terima Allah sepenuhnya tak?"

Zam kaget dengan soalan gadis tersebut. Tak disangka budak yang lebih muda darinya itu boleh berfikir sedalam itu.

Zam angguk perlahan.

"Kesudian aku tidak perlu kata-kata sebagai pengakuan."

"Jadi, awak tunggu apa lagi. Cepat. Sempat lagi tu baru rakaat kedua. Jia you! Ganbatte!"

Cik Yuyu angkat ibu jarinya tanda sokongan pada Zam. Macam nak masuk pertandingan penting pula. Dalam hatinya berbisik,

"Memang hidup ini suatu pertandingan pun. Pertandingan yang menentukan sama ada seseorang itu mampu jaga dirinya dari api neraka atau tidak. Pertandingan yang menentukan ke Syurga atau tidak. Pada kita, memang nampak perbuatan seperti solat, puasa dan sebagainya itu seperti biasa-biasa tidak bermakna apa-apa.

Tapi pada Allah, nilaiannya sebesar dunia. Malah lebih besar dari itu. Betapa solat itu misalnya sangat bermakna. Lima kali sehari tempuhi pertandingan paling penting dengan rate tertentu. Adakah pada rating ikhlas atau tidak. Atau markahnya berkurang kerana kurang khusyuk. Atau markahnya kosong lantaran menunjuk-nunjuk. Setiap perbuatan demi Allah, ada grednya tersendiri. Setiap hari adalah imtihan dan ujian penting!

Andai manusia dapat rasai ianya seolah-olah peperiksaan yang dinilai CGPA, beroleh dekan dan sebagainya, pasti setiap hari yang dilalui adalah dengan debaran dan persediaan. Orang yang masuk exam tanpa persediaan adalah orang yang paling rugi."

Zam segera masuk dan berada di saf belakang. Yuyu tersenyum. Dia nampak lelaki itu betul-betul tulus.

Lurus pun ya.

Yuyu rasa, dia nak support tiap hari. Tiap masa.
Biar sokongan ini mampu menaikkan semangat seseorang lebih cinta pada Tuhannya. Biar bersemangat hingga dapat reda-Nya.

Dalam diam, Yuyu membenih rasa. Dia pun nak jadi baik. Nak jadi lebih baik dari lelaki di depannya itu.

Diam-diam juga, dipanjatkan pada Allah satu doa penting dalam bicara hati.

**
Zam tunduk tengok tempat sujud. Ada peluh dingin mengalir di sisi dahinya.

Dalam hatinya,

"Depan aku ni, ada Tuhan yang sedang menilai.
Solat ini bukan hanya aku.
Tapi aku dan Tuhanku."

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor