Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 12
------

Hari ni Zam ke sekolah seperti biasa. Tiada lagi hari ponteng sekolah. 

Dah beberapa hari juga dia tak merokok.

Masa rehat.

Lelaki itu tak rasa lapar. Malas rasanya nak ke kantin sekolah. Dia stay saja dalam kelas. Cuba pejam mata. Mungkin boleh tidur sekejap fikirnya.

Ada tiga individu saja dalam kelas termasuk Zam ketika itu.

Zam yang baru hendak melelapkan mata, terganggu sikit dengan dua orang di depannya.

Dibuka sebelah mata, perhatikan gelagat mereka. Mamat paling kacak dalam kelasnya dengan minah paling lawa dalam kelas sedang bercanda.

Cis. Pasangan kekasih sekelas rupanya. Sedang berkongsi makan bekal yang dibawa. Bersuap-suap pula sambil bersenda gurau. Bila si lelaki ada sisa makanan terlekat di pinggir bibir, disapu oleh si perempuan. Duduk bukan main rapat lagi.

Zam cuba menutup kedua matanya rapat-rapat. Serapat mana pun dia cuba pejam, takkan mampu menutup kedua-dua lubang telinganya dari mendengar gurauan manja 'abang' 'sayang' merpati sejoli di hadapannya itu. Naik geli-geleman Zam. Meluat.

Kebetulan lalu si teacher di sisi kelasnya. Zam pun cepat-cepat teriak dari dalam kelas.

"Tunggu!"

Teacher terkejut. Berpaling ke dalam kelas. Zam tiba-tiba bersuara manja kepada teacher,

"Sayang~ Abang laparlah. Mana bekal makanan kita ya sayang?"

Sengaja Zam tinggikan suara sampai didengari jelas pasangan kekasih di depannya tu.

Lelaki itu terus bangun. Merah padam mukanya.

"Woi Zam! Kau nak cari gaduh ek?"

Zam tersenyum sinis.

"Siapa makan sebotol sos cili, dia terasa bangangnya." Zam bangun sama. Dia tahu mamat di hadapannya itu cuma mahu berlagak macho di hadapan aweknya.

Teacher terpinga-pinga melihat lagak kedua pelajar lelaki di depannya itu.

Zam mulai bersuara lantang,

"Kalau couple sekedar couple, monyet di hutan pun pandai couple. Kalau couple sekedar sayang dan pegang-pegang, anjing pun pandai. Kalau couple sekedar nak rasa ada pasangan hilangkan kesunyian, apa beza antara orang yang ada iman dengan bohsia bohjan."

Mamat kacak di hadapannya tu bengang mendengar kata-kata biadap Zam. Macam nak berasap kepalanya.

Zam sambung,

"Sorry beb. Kalau kau nak dengar kata-kata manis dari aku, itulah sehabis indah yang aku mampu karang untuk kau. Aku bukan ustaz nak berkhutbah agama dengan kata-kata sehabis hikmah. Kalau kau faham, alhamdulillah."

Mamat tu segera cantas,

"Kalau aku kata tak?"

"Kalau tak, kau boleh rasa tapak kasut aku sekejap saja lagi. Hikmat tendangan tanpa bayang bertubi-tubi. Kau sanggup?"

Minah tu cuba menarik tangan teman lelakinya. Supaya mereka tidak mulakan pergaduhan.

"Woi minah. Jangan pegang. Tu bukan suami kau. Sama macam kau upload gambar lawa-lawa, cantik-cantik, gedik-gedik, walaupun dalam keadaan kau bertudung, kau kena ingat di laman sosial itu semuanya bukan suami kau."

Minah tu pula bangun.

"Mulut macam longkang kau ya Zam!" Dia pula yang marah kali ini. Lalu menyambung kata,

"Kau ingat aku tak tahu kau skandal berapa belas perempuan sekolah lain? Kau ingat semua orang tak tahu kau tu siapa? Tak payah tunjuk alim kalau diri tu sama saja macam iblis!"

Zam tersenyum sinis.

"Pergi mati dengan diri aku di masa lalu. Yang berdiri depan kau sekarang ni bukan Zam yang dulu. Harap mak long.

Oh. Andai aku iblis, salahkah andai aku hendak mengarahkan dua syaitan depan aku ini letak jawatan dari jadi pengikut aku? Cuba kau jawab!"

Mamat tu dah sakit hati gila. Terus dia menerpa ke arah Zam. Ditumbuknya Zam bertubi-tubi sampai rebah ke lantai. Sampai pecah bibir Zam. Zam tidak mengelak. Malah membiarkan saja perlakuan mamat yang tengah berang tu ke atas dirinya.

Teacher gigil tengok situasi depan matanya.

Mamat tu berhenti menumbuk. Pecah muka Zam. Berpeluh-peluh muka mamat kacak tu hasil tumbukan sehabis daya yang dilancarkannya sebentar tadi.

Zam tersengih dalam luka.

"Dah? Itu saja kekuatan kau? Aku ingat orang couple, orang tengah mabuk cinta itu lebih dahsyat tenaganya sebab ada orang bagi semangat tiap masa. Tapi, tenaga kau ni macam seorang pondan sahaja. Mengecewakan. Aku bagi kau 2 bintang Daia."

Mamat kacak tercungap-cungap. Gigil tangannya. Sakit juga tangan sendiri belasah orang.

Zam bangun.

"Dah sedia terima tapak kasut?"

Mamat kacak membulatkan matanya. Tak sempat dijawabnya,

ZAPPPPPPP!!

Zam menerajang mamat kacak tu sepantas kilat. Terpelanting mamat kacak ke white board. Jatuh terbongkang. Terbelalak mata. Sesak nafas kena tepat di dada.

"Nak lagi?" Zam duduk tongkat sebelah kaki di sisinya.

Mamat kacak tu menggelengkan kepalanya.

"Ok, bagus. Ingat pesan terakhir iblis ni. Mulai hari ini, aku nak kau pencen dari jadi syaitan. Kau dengan makwe kau ni. Kalau korang rasa tak ada kesediaan untuk nikah, putuskan saja hubungan ini. Kalau korang betul-betul serius, sila proceed dengan pernikahan. Aku akan jadi orang pertama doakan kamu berdua nanti. Ingat. Jangan sia-siakan pasangan kau ni. Aku tengok makwe kau memang dah sayang sangat dekat kau. Jangan permainkan perasaan orang. Hargailah.

Cinta dalam Islam itu ada.
Tapi bukan sejijik couple.

Kau jadilah malaikat.
Cukuplah aku yang jadi iblis."

Zam angkat lelaki itu bangun.

Berlalu keluar ke bilik air untuk cuci luka di mukanya. Berselisih dengan guru BI-nya di luar kelas.

Teacher blushing kedua pipinya tengok Zam. Teringat kata-kata Zam tadi walaupun hanya sekadar lakonan.

**
Zam lihat wajahnya di cermin. Dengan bibir pecah. Dengan pipi berparut. Dengan kepala botak. Istilah tampan kacak tiada di mukanya lagi. Dia tersengih kepedihan.

"Heh. Memang bukan Zam yang dulu."

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor