Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 13
-----

Remaja lelaki 18 tahun itu memberhentikan motosikalnya di depan rumahnya. 

Rumah kecil dalam tanah yang sekangkang kera itu tampak sedikit daif. Lusuh tidak bercat. Suram.

Zam membuka daun pintu rumahnya.

"Assalamualaikum.."

Ibunya tersenyum menyambut salam dari anak lelakinya.

Ibu tua itu sedang menjahit baju. Itulah kerja tetapnya sejak berkahwin dengan ayah Zam. Mujurlah ada juga kemahiran dan bakat menjahit. Bolehlah mengurangkan beban keluarga.

"Banyak tempahan ya, Ma?" Zam duduk di sebelah ibunya. Kakak-kakaknya sudah berkahwin kesemuanya. Zam tiada adik beradik lain lagi bawahnya. Bongsu. Ibulah tempat Zam bermanja.

Walaupun dirinya brutal segarang singa, tapi bila bersama ibunya Zam dah jadi macam anak kucing yang comel.

Ibunya tersenyum lagi,

"Alhamdulillah. Adalah sikit. Zam dah makan?"

Zam mengangguk-angguk seraya berkata,

"Ma, lepas ni bila Zam balik sekolah, harap Ma tak mulakan soalan dengan tanya dah makan ke belum, boleh?"

"Habis tu, Ma nak tanya apa?"

Zam senyum riang,

"Ma kena tanya, Zam dah solat ke belum? Boleh?"

Ibunya tersenyum sampai ke telinga.

"Boleh, boleh. Zam dah solat?"

Zam jawab yakin,

"Dah! Yeay!"

Zam rasa bahagia. Dia rasa, semua ibu bapa patut mulakan soalan pada anak-anak dengan soalan yang sama. Dah solat ke belum. Dah baca al-Quran ke belum. Dah zikir ke belum. Praktis mek perfek.

Ibunya perasan perubahan pada diri Zam kebelakangan ni. Naluri seorang ibu cukup hebat mengesan perubahan anaknya sendiri. Lebih hebat dari radar canggih mengesan kapal terbang di langit.

Zam menatap wajah ibunya yang kembali sambung menjahit. Wajah yang sudah tidak semulus dulu. Kedutan sudah lama mengambil alih tugas penyeri wajah. Wajah senja. Namun, bagi lelaki itu wajah itulah pelangi senjanya. Menenangkan hatinya. Menyejukkan matanya. Mungkin kerana itulah Allah ciptakan ibu. Untuk mengubat hati para anak-anak di dunia.

"Boleh Zam belajar menjahit, Ma?"

Ibunya berpaling. Senyum lagi.

"Kenapa tidak? Pergi salin pakaian dulu, nanti duduk sebelah Ma. Ma ajarkan."

Zam masuk bilik dan keluar semula. Duduk di sisi ibunya. Tekun belajar.

Bila ibunya mulai batuk-batuk kecil, Zam berhentikan tutorial. Disuruhnya ibu berehat.

"Ma, rehat ya. Biar Zam ke dapur siapkan makan."

Ibunya angguk dengan senyuman. Memang ibunya seorang yang manis senyuman.

Zam berlalu ke dapur. Ibunya bangga dengan anak jantannya itu. Ramai tak tahu Zam mahir memasak. Apa saja masakan panas mampu disiapkannya dengan pantas. Anaknya itu cukup pandai berdikari sendiri. Entah dari mana datangnya bakat memasak. Setiap orang Allah bagi kelebihan masing-masing. Kurang di satu tempat, lebihnya di satu tempat yang lain.

Dalam hatinya, melihat wajah Zam calar balar, berparut luka dan bibir lebam, dia tahu Zam bergaduh lagi. Cuma dia tak pasti apa yang terjadi sebenarnya. Sengaja tidak ditanya pada anaknya. Enggan spoil mood anaknya itu. Namun, hatinya seakan mengesan sakit dalam hati yang ditanggung oleh Zam. Atau mungkin juga taakulan hatinya meleset. Apa yang lagi penting baginya, Zam masih lagi hormat dirinya sebagai bonda.

Setengah jam kemudian, Zam dah siapkan ikan goreng masak kicap dengan nasi dan sedikit ulam. Ajak ibunya santap sekali. Tengah makan, Zam berbicara,

"Ma, tahu tak kenapa Allah ciptakan manusia dengan satu pusat?"

Ibunya menggeleng-geleng kepala.

"Ketika bayi berada dalam perut ibu, tali pusat adalah saluran terpenting untuk menyalurkan makanan kepada bayi oleh si ibu. Itulah penyambung nyawa sang bayi. Bayangkan jika bayi di dalam perut tanpa tali pusat. Pastinya bayi itu akan mati kebuluran dan kekurangan zat dalam badannya. Tidak membesar dan berkembang dengan baik. Terbantut. Cacat dan sebagainya. Sebab itulah, manusia ada pusat.

Supaya bila mereka tengok kepada pusat masing-masing, mereka ingat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan mereka dengan susah payah."

Ibunya tersenyum. Kagum dengan pengetahuan anaknya. Dia sendiri pun tidak terfikir sedemikian.

"Makan banyak-banyak, Ma. Ni kalau Zam masuk universiti nanti Ma rindu masakan Zam pula."

Seloroh Zam. Namun, dia akui dia sendiri enggan berjauhan dengan ibunya itu.

Ya. Kerana waktu berputaran. Bimbang tak berkesempatan.

**

Di sekolah, guru-guru bermesyuarat sampai petang. Post-mortem penilaian akademik dan kecemerlangan pelajar.

"Kita mesti ambil tindakan keras pada pelajar yang rendah dan gagal semua subjek! Tak boleh berlembut lagi.

Kita susah-susah mengajar mereka, sediakan nota ulangkaji, bina soalan, buat soalan peperiksaan, senang-senang mereka jawab sambil lewa!"

Guru kanan peperiksaan bersuara tidak puas hati.

"Jadi, semua setuju untuk mengenakan hukuman keras kali ini?" Penolong kanan HEM bertanyakan kepastian.

"Setuju!" Guru majoritinya tiada bantahan.

"Apa hukuman yang terbaik?"

"Kita gantung sekolah pelajar yang gagal!"

"Kita cadangkan pelajar itu pindah sekolah!"

"Kita hukum pelajar itu di perhimpunan sebagai pengajaran kepada pelajar lain!"

Guru-guru menyokong usul yang terakhir untuk mendenda di perhimpunan.

"Dalam tangan saya ini, ada beberapa nama pelajar yang selalu gagal. Dan dalam senarai ini, ada pelajar yang gagal semua subjek dalam Ujian Pengesanan Pertama baru-baru ini."

Guru besar bertanya,

"Siapa?"

Teacher berdebar-debar menanti nama yang bakal disebut.

Guru disiplin mencelah,

"Ala, siapa tak kenal budak tu. Buat masalah tiap tahun. Buang sekolah saja budak macam ni. Esok kita buat perhimpunan tergempar, kita denda budak ni habis-habis."

Cikgu Syabab bersuara perlahan dengan guru lelaki yang lain,

"Oh, si botak tu ke?"

Teacher dah dapat agak siapa.

Zam.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor