Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 6
------

"Sampai hati awak sebagai seorang guru buat anak saya macam ni!"

Makcik tua itu membentak lantang suara.

"Maafkan saya, puan. Maafkan saya..saya betul tak tahu akan jadi seperti ni.."

Teacher mulai menangis. Kedua kakinya menggeletar kuat. Lutut goyang. Entah mampukah lagi bertahan.

"Awak kena bertanggungjawab! Tengok muka dia! Saya tak pernah tampar anak saya sampai cedera. Tapi, dapat dekat awak, terus berparut kekal! Apa ni?!"

Suara makcik makin kuat.

Teacher tak mampu lagi bertahan. Terduduk sendiri. Digapainya kedua-dua tangan makcik.

"Ampunkan saya, puan..Saya bersalah. Saya mengaku salah. Tolonglah maafkan saya. Puan nak saya bayar kos pembedahan untuk anak puan, saya sanggup keluarkan seluruh simpanan saya dan buat pinjaman. Janji puan maafkan saya dunia akhirat."

Teacher mulai merayu.

"Ingat anak saya tu barang mainan ke boleh dibayar dengan duit? Bukannya tak sakit anak saya tu lalui pembedahan. Ingat main-main ke masuk hospital. Buang masa. Dahlah anak saya tu tengah belajar. Ketinggalan masa dia di sekolah pula kalau operate.

Tak boleh. Saya cuma akan maafkan kalau awak sanggup buat apa yang saya suruh ni."

Teacher mulai bersuara serak-serak. Lekat di tekak suaranya.

"Katakan saja puan, saya sanggup.."

"Betul ni?"

"Betul!"

"Sungguh ni?"

"Sungguh!"

"Tak menyesal?"

"Tak!!"

"Baiklah. Saya nak awak nikah dengan anak saya tu."

Teacher tergamam.

Hampir rebah. Hampir pitam. Tak terkata apa.

"Tapi...tapi.."

"Tak ada tapinya lagi. Awak dah setuju tadi. Deal. Habis tingkatan 6, saya akan hantar rombongan meminang. Kita tunang dulu."

Teacher terus menangis sepuasnya. Nak dirayu tapi dia tahu tak berguna lagi.

Siapa sangka dirinya kena nikah dengan pelajarnya sendiri. Dia tiada pilihan. Itu saja pilihan yang ada. Itu saja caranya baru keluarga pelajarnya maafkan dirinya.

Tiba-tiba pandangan di hadapannya gelap. Rebah.

**
"Teacher..! Teacher! Bangun!"

Aku terus terbangun. Membuka mata luas-luas. Eh, mana makcik tadi? Eh, kenapa satu bilik guru pandang aku semacam?

"Teacher dah kenapa? Mengigau teriak 'tak nak! tak nak!'"

Ish! Aku mimpi rupanya.

Subhanallah.

Aku ingatkan betul-betul terjadi tadi. Mengucap panjang sekejap. Lega sungguh. Betul-betul lega macam baru dapat lesen P ujian memandu.

Dalam kepala terdetik.

Kalau di akhirat kelak, dengan bekalan dunia yang tak seberapa bawa ke sana. Merayu-rayu depan Allah supaya tak dimasukkan ke neraka dah tak berguna lagi.

Bila seluruh anggota tubuh sendiri jadi saksi dan jurucakap terhadap setiap satu dosa-dosa kita.

Rayuan untuk kembali ke dunia tidak diendah lagi.

Andai nak merayu Allah, merayulah di dunia mulai detik ini!



Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor