Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 5
------

Pang!!!

Tamparan buku disepakkan ke muka pelajar lelaki itu.

Kuat. Laju dan padu. Terpelanting muka pelajar itu ke bahagian tingkap kelas. 

Pecah sekeping cermin tingkap nako.

Darah mulai menitik keluar dari kening dan pipinya. Terguris. Luka agak dalam.

Guru muda itu mulai menggigil tangannya. Hampir terjatuh buku di tangannya. Panik.

"Sorry. Sorry." Dia meluru untuk menyentuh kepala pelajarnya itu.

Terus ditahan sang pelajar.

"Jangan sentuh saya."

Dia bertegas tidak mahu sesiapa pun datang dekat. Menekapkan tapak tangannya ke bahagian luka. Separuh mukanya. Berlalu ke dalam kelas, ambil begnya. Berjalan ke parkir motosikal.

Para pelajar termasuk pengetua keluar dari bilik darjah. Cuba melihat apa yang berlaku. Sekali lagi watak si pelajar menjadi popular dalam masa yang singkat.

Dihidupkan enjin motosikalnya. Hatinya kecewa dalam diam. Kecewa kalau itulah sikap amarah para guru tanpa batasan.

"Tunggu! Biar saya bawa awak ke hospital." Teacher berumur 25 tahun itu cuba menyekat si pelajar. Dicabutnya kunci motosikal macam polis trafik.

"Bak balik suis motor saya. Sebelum saya buat gila kat sini, cepat bagi." Suaranya perlahan tapi garang. Seakan bom masa. Tunggu masa saja nak meletup. Lantas menyambung,

"Jangan risau. Demi Tuhan, saya tidak akan bawa kes ni ke balai polis atau mencemarkan nama baik sekolah. Saya tak akan biarkan kementerian tukar teacher ke sekolah lain atau diambil tindakan. Saya maafkan segala yang dah berlaku. Nabi pun maafkan musuhnya. Inikan saya seorang pendosa. Jadi, tolong jangan halang saya. Saya cuma nak balik rumah. Supaya saya tak lepaskan kemarahan saya di sekolah."

Guru muda itu tergamam seketika. Tak disangka itulah jawapan yang akan terpacul dari seorang pelajar yang disangkanya budak mentah dan berhingus.

"Ma..maaf..maafkan saya.." Guru itu gugup dan terketar-ketar lidahnya dalam menuturkan kata.

Dicapainya kunci motor dari tangan si guru. Ditolaknya motor sampai ke luar pagar sekolah. Dihidupkan dan memecut laju dari situ.

Berhampiran dengan pintu pagar, sang guru masih tercegat berdiri di situ. Air matanya menitis laju. Kesal dengan perbuatannya sendiri. Kecewa dan sedih.

"Perlukah aku jadi sekejam itu?"

Si jaga menghampiri teacher.

"Cikgu, cuaca panas ni. Baliklah ke kelas cikgu."

Teacher tiba-tiba bersuara dalam serak tangis,

"Tuhan ampunkan saya tak?"

Si jaga terdiam seketika. Lantas menjawab,

"Insya-Allah. Bergantung kepada selama mana kamu sanggup menitiskan air mata di hadapan Allah sungguh-sungguh.

Ramai orang buat salah. Tetapi, mereka tidak menangis menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan seakan-akan langsung tidak timbul rasa bersalah. Jika tak mampu menangis dengan mata zahir, biarlah hati itu yang mengeluarkan air mata.

Mohon ampun dengan Allah itu bukan sekadar cukup syarat.

Ustaz suruh buat solat taubat, kita buat. Tapi dalam hati, tidak ada rasa penyesalan. Apa hasilnya? Hasilnya, Allah tahu permintaan taubat seseorang itu tidak sepenuh hati. Bila separuh hati, taubat itu tidak lagi bererti.

Cikgu boleh buka al-Quran, tengok Surah ali Imran ayat 135 hingga 136. Di sebalik ayat-ayat itu ada cerita yang menarik. Kisah seorang pemuda yang ingin bertaubat, berjumpa Rasulullah sehingga Baginda terkejut dengar dosa yang telah dibuat. Dosanya adalah menyetubuhi mayat seorang gadis. Namun, akhirnya Allah jua yang menerima taubat dosa besar si pemuda itu."

Guru itu tunduk.

"Tapi, saya dah buat salah pada pelajar saya tu. Dah cederakan mukanya."

Si jaga terdiam lagi. Lalu menyambung,

"Biar orang tak maafkan, kita tetap kena minta maaf. Hati sekeras batu sekalipun lama-lama akan lekuk juga bila air menitik berterusan ke atasnya. Air itu adalah keikhlasan dan kesungguhan."

Guru muda itu terus berpaling meninggalkan pengawal sekolah. Berlari ke bilik air. Menangis tak henti-henti.

**
Pelajar lelaki itu telah tiba di rumahnya.
Usai mencuci luka dan meletakkan ubat.

Pedih tak terkata.

Dilihatnya wajah di cermin.
Mungkin parut itu kekal.

Rupanya dah tak seperti sediakala.
Parut di hati pula seakan selamanya.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor