Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 8
------

Teacher memeriksa homework setiap seorang pelajarnya.

Sampai ke meja Zam.

Buku tulisnya kosong.

Dia berdiri. Segera dia meminta maaf dengan gurunya itu.

"I'm sorry, teacher. Insya-Allah, won't repeat this again."

Teacher memang tak nak marah pun. Kalau pelajar tu tak siapkan seluruh kerja sekolahnya setahun pun tak apa. Baginya, belum cukup untuk menebus dosanya terhadap budak lelaki di depannya itu.

Bila Zam berdiri, ketinggiannya melebihi gurunya itu. Biasalah. Lelaki lagi tinggi dari wanita.

Zam tunduk pandang lantai. Teacher memerhati mata Zam dari sisi. Baru perasan alis matanya lentik juga. Zam mempunyai sepasang mata yang cantik.

"Adoi, apa aku fikir ni! Duk perhati dia plak dah!"

Teacher cepat-cepat geleng kepalanya secara tiba-tiba sambil pejam mata.

Zam pelik melihat keletah gurunya itu.

"Teacher okay ke?"

Teacher cepat-cepat cover. Pipinya sedikit blushing.

"Lain kali, siapkan tahu! Kali ni, saya maafkan. Kalau tak..."

Kawan-kawan sekelas sambung ayat teacher ramai-ramai,

"Kalau tak, teacher tampar!!" Gelak beramai-ramai.

Zam jegilkan mata ke arah kawan-kawannya.

Terdiam terus sekelas. Tak berani lawan lelaki terkenal panas baran tu.

"Sorry, teacher jangan ambil hati ya." Zam minta maaf bagi pihak kelasnya.

Teacher angguk tak mengapa. Kembali sambung mengajar.

Dalam hatinya terfikir. Kenapa pelajar lelaki tu sangat tenang? Seolah-olah tak kisah apa yang berlaku pada dirinya. Tidak kisah mukanya sedemikian rupa.

Dia tak tahu. Lelaki taiko itu dalam hatinya mulai ada agama. Ada iman yang mulai bersinar.

**

Waktu rehat.

Zam minum di kantin. Belanja kawannya si budak usrah tu. Namanya Sufi.

Sufi takut-takut untuk tanya Zam sesuatu.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu?" Ditepuknya bahu Sufi.

Sufi tersembur air sirap ditepuk Zam.

"Err..err..kau nak tak join usrah?"

"Usrah? Apa benda tu?"

"Usrah ni semua orang boleh join. Orang Islam boleh, orang belum Islam pun boleh. Lebih kurang study grouplah. Cuma kita study bab iman, bab akidah, isu semasa. Study benda-benda yang membawa kita muhasabah diri. Kenal Tuhan. Group macam adik-beradik. Macam keluarga. Usrati jannati. Keluargaku Syurgaku. Aku kongsi cerita. Kau kongsi cerita. Dia kongsi cerita. Santai sahaja. Nak?"

"Em. Okay. Aku join."

Sufi tercengang sekejap dengar jawapan Zam. Tak disangka mamat brutal tu nak join. Kalau diajak kawan sekolahnya yang lain, liat bermacam alasan. Ni mudah-mudah saja.

Tiba-tiba suasana kantin hingar-bingar. Zam menoleh ke arah punca bunyi bising. Tak jauh dari tempatnya. Selang satu meja saja.

Budak-budak lelaki form 5 sedang menyakat seorang pelajar perempuan. Zam agak budak tingkatan 4. Entah, dia tak kenal sangat.

"Pergh. Lawa betul mak aih! Mintak no telefon la weh! Abang-abang ni semua baik-baik."

Zam lihat budak-budak tu duduk perhati si gadis itu atas bawah. Mata lelaki. Miang.

Lantas dia campakkan gelas air sirapnya ke arah budak-budak tu laju-laju. Berderai air mengenai mereka.

Mereka bangun ramai-ramai.

"Woi!! Celaka mana buat ni?!!" Marah si kepala geng.

"Mengaku cepat sebelum aku hentak kepala dengan kerusi ni!" Diangkatnya kerusi plastik.

Ada dalam lima hingga enam pelajar lelaki. Pelajar lain mulai beransur menjauhi sikit. Ada yang tengok dari jauh. Tak nak terlibat.

"Aku."

Zam rileks sahaja bersuara. Masih lagi duduk di tempatnya. Sufi gigil di sebelah. Pucat lesi muka.

"Mamat blacklist sekolah ni rupanya! Bangun kau lahanat!" Mereka bersuara makin lantang.

"Ok. Aku bangun. Tapi, bila aku bangun nanti. Aku nak setiap seorang dari korang jangan cuba cabut dari tempat ni."

Zam bangun. Berjalan ke arah mereka.

Pelajar yang pegang kerusi tadi terus melibas kerusi plastik ke kepala Zam.

Zam tahan dengan sebelah tangannya. Dirampas kerusi tu dari mamat tu.

Dihempaskan kuat-kuat ke tiang kantin. Patah tiga kerusi plastik tu.

"Korang nak tulang korang patah macam ni?"

Zam genggam penumbuknya kuat-kuat. Mukanya bengis. Dengan parut di muka menambahkan perisa garang. Tak berganjak terus pelajar-pelajar lelaki itu untuk rapat dengan Zam. Tapi, si ketua geng cuba ambil kerusi yang lain pula. Belum sempat dihayunkan kerusi kedua...

Deshum!

Sedas penumbuk hinggap padu ke muka ketua geng.

Terpelanting mamat tu ke atas meja.

Yang lain tak berani dekat.

"Mari!"

Mereka terdiam. Tak berani hadapi Zam yang nampak macam orang gila yang sedang amuk bagi mereka.

"Mari aku fahamkan korang dengan buku lima. Kalau korang tak nak faham sangat mahalnya harga maruah seorang wanita!

Apa korang rasa seronok memandang tubuh seorang wanita dari atas sampai ke bawah berulang kali walaupun berbaju?"

Seorang dari mereka cuba menjawab,

"Ustaz cakap pandangan pertama tengok wanita seksi or tengok aurat tu kan rezeki! Bodoh!"

Zam dekati budak lelaki tu. Dicekaknya leher baju beliau.

"Itu TERpandang secara tak sengaja. Sebagaimana Nabi Musa terpandang aurat bakal isterinya yang kainnya terselak dek angin. Bukan rezeki.

Karut betul orang yang kata itu adalah rezeki.

Sedangkan Imam Syafie pernah mengalami kejadian terlihat aurat seorang wanita secara tidak sengaja, terus beliau menangis semahunya. Menangis sehingga merasakan dirinya tidak layak lagi masuk ke Syurga!

Tapi pandangan korang ni sengaja! Pandangan gatal dan miang! Pandangan penuh nafsu!

Apa jua dalilnya sekalipun tak mampu lawan suruhan Allah dalam al-Quran yang suruh tundukkan pandangan! Kau cari sendirilah dah kau semua budak pandai lagi intelek tak macam aku!!"

Terkebil-kebil budak tu diteriak oleh Zam. Macam kena azan di telinga dengan tempikan yang kuat.
Zam melepaskan genggaman baju budak lelaki itu.

Mereka segera beredar bila lihat guru disiplin datang.

Tinggal Zam tercegat di situ. Jeling ke arah guru disiplin. Guru disiplin tak berani sound Zam. Zam pergi ke arahnya, mengeluarkan beberapa note merah dari walletnya. Serahkan pada guru disiplin.

"Maaf, cikgu. Kerusi tu saya ganti balik."

Zam berlalu dengan Sufi ke kelas.

Si gadis tadi tercegat berdiri memerhatikan Zam hingga hilang kelibatnya dari mata.

Dalam hatinya,

"Hero aku!"

**

Sufi gosok-gosok belakang Zam. Seolah-olah memujuk hatinya tenang dan sabar.

Sufi berkata perlahan,

"Aku sokong kau. Teringat lagu Hijjaz;

Pandangan mata selalu menipu. Pandangan akal selalu tersalah. Pandangan nafsu selalu melulu. Pandangan hati itu yang hakiki.
Kalau hati itu bersih..

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah.
Jasad lahir tumpuan manusia.

Utamakanlah pandangan Allah.
Daripada pandangan manusia."

Zam menoleh,

"Tak pernah dengar. Bagi dekat aku lagu tu esok, boleh?"

Sufi tersenyum.
Tak tahu pula mamat ganas ni boleh nak dengar nasyid.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor