Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, May 12 | Monday, May 12, 2014

Wanita Ini Dir og ol Bergilir-Gilir Kononnya Sebagai Satu Hukuman Dan Bakal Dirotan Dikhalayak Ramai

SEORANG wanita berstatus janda berbangsa Indonesia yang dir og ol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.
Kesemua per og ol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan se k s terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun.
Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dir og ol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang. Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan se k s dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dir og ol.
Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan mero g ol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama
“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan se ks ual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe.
Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dir og ol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya.
Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan se k s walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Tiga pe ro g ol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi pe r og ol masih diteruskan.
Ini bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dir og ol. Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah diro g ol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya. Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga p ero g ol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Pe ro g ol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, belum lagi ditangkap.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor