Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, August 15 | Monday, August 15, 2011

LONDON: Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kemudian menyamun seorang pelajar Malaysia, Mohd Asyraf Haziq Rossli di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini adalah klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.
“Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya,” kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.
Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan, berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang telah menonton filem itu, menyifatkan serangan terhadap pelajar Malaysia berkenaan sebagai satu kutukan menyakitkan dan meluatkan.

Sambil menyifatkan rusuhan itu sebagai jenayah, tulen dan mudah, Cameron mengumumkan beberapa langkah bertujuan membawa dalang serangan berkenaan ke muka pengadilan.
Tangkapan pertama berkaitan dengan serangan itu dan samun terhadap Asyraf telah dibuat.

Reese Donovan, berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di East London, didakwa merompak telefon bimbit jenis Nokia dan PSP jenis Sony Asyraf.

Donovan adalah salah seorang anggota kumpulan remaja lelaki yang berpura-pura membantu pelajar Malaysia itu yang telah jatuh di mana giginya patah serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh.

Klip video itu menunjukkan Donovan bukan menolong Asyraf tetapi mengambil barang-barangnya dari beg sandang di belakangnya yang dikatakan semuanya bernilai 300 pound.

Asyraf sedang berbasikal apabila beliau diserang oleh sekumpulan budak-budak lelaki dan basikalnya dicuri oleh mereka yang berumur tidak lebih 12 tahun.

Dalam reaksi terhadap seorang rakyat asing di Britain, rakyat negara ini mengkritik tindakan ganas dan samun itu terhadap mangsa berkenaan.

Sebuah laman web diwujudkan "Let’s Do Something Nice For Asyraf Haziq” (Marilah Buat Sesuatu Yang Baik untuk Asyraf Haziq) bagi memungut sumbangan wang untuk pelajar berkenaan.

Satu mesej di laman web itu mengumumkan bahawa hampir 4,000 pound dipungut untuk Asyraf. - BERNAMA
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor