Akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola, ibu kepada remaja OKU yang dikurung dengan kejam telah di godam oleh pasukan penggodam terkenal Malaysia “The Rilekscrew”. Cepat betul mereka ni buat kerja.
Bagaimanapun Sy bukanlah ingin membela wanita ini, tetapi ibarat sudah jatuh di timpa tangga, sudahnya diberkas oleh pihak berkuasa, dikutuk dicaci oleh orang ramai, kini digodam pula akaun Facebook dan diberi akses kesemua gambar-gambar peribadi beliau. Kasihan juga Sy rasa dengan nasib yang menimpa wanita ini, walaupun tindakan yang dilakukannya amat kejam, tak perlulah didedahkan lagi bahan-bahan privasinya untuk tontonan umum, tindakan undang-undang yang bakal dikenakan nanti sudah setimpal, kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan kesilapan.
Berdasarkan permerhatian Sy juga, Krew ini bukan sahaja memberi akses kepada semua gambar-gambar peribadi malah mereka juga menerima semua pemintaan menjadi kawan "Approve Friend" pada akaun wanita ini. Selain itu mereka juga mengemaskini status Facebook dengan kata-kata seolah wanita ini tidak rasa bersalah dengan status gelak ketawa. Harus diingatkan bahawa ini akan lebih mengaibkan wanita tersebut.
Bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar ibu kepada remaja malang ini bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan kepada pelaku godam ini diharap dapat mengembalikan akses akaun tersebut seperti sediakala
Facebook Mak Kanak Kanak Istimewa --> https://www.facebook.com/imashima.lola
www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 Org je Komen:
Post a Comment