Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 13 | Wednesday, June 13, 2012


Cahaya-cahaya yang dihasilkan oleh alam semulajadi sememangnya cantik.
dengan sejumlah wang yang besar pun manusia pun tidak bisa
menghasilkan sesuatu yang sama sepertinya.
Entri ini memaparkan pertunjukan fenomena cahaya alam semulajadi yang mempesonakan.
1. Ekzos Ekor Roket (Rocket Trail Exhaust)
Photobucket
Cahaya jenis ini biasanya terhasil selepas roket meluncur dan hilang dari pandangan. Kami pasti anda juga biasa melihatnya. Ianya terjadi apabila partikel dari ekzos roket dibiaskan oleh cahaya matahari.  Apabila ditiup angin kencang, akan menjadikannya satu pertunjukan cahaya, tapi fenomena ini berlaku sebentar sahaja kerana partikel akan bercerai dan menghilang.
Photobucket
PhotobucketLagi 21 gambar selepas jump.
2. Kegemilangan (Glory)
Sebuah ‘glory’ ialah satu fenomena cahaya indah yang dirujuk sebagai ‘Cahaya Buddha’ di China. Walaupun sukar untuk diterangkan, ianya terjadi apabila titisan air dari awan diganggu oleh panahan cahaya mentari. Sebagai kesannya, gelombang cahaya diselerakkan dan berpisah menjadi warna-warna spektrum.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

3. Cahaya Krepuskular
Cahaya krepuskular juga biasa dirujuk sebagai ‘Cahaya Tuhan’, yang kelihatan seperti berpunca dari satu titik di langit. Femomena cahaya ini biasanya terjadi pada waktu subuh dan senja, apabila gelap dan terang boleh dibezakan, dan biasanya memancar melalui awan tebal, atau lanskap-lanskap yang lain untuk menghasilkan kesan sepertinya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

4. Cahaya Zodiak (Zodiacal Lights)
Walaupun sering disembunyikan oleh kabus dan cahaya bulan, Cahaya Zodiak sentiasa wujud. Ia terhasil apabila cahaya matahari merefleksi habuk kosmos (cosmic dust) dan dimanifestasi kepada cahaya segitiga yang pudar dan terpancar di langit.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

5. Ekor Bintang (Star Trails)
Ekor bintang merujuk kepada kesan-kesan pergerakan bintang yang dilihat dari darat. Apabila bumi berputar secara semulajadi, bintang di langit bergerak ke arah horizon. Satu-satunya bintang yang tidak bergerak ialah di bahagian hemisfera utara – Bintang Utara (Polaris). Walaupun tidak kelihatan di alam nyata, ianya banyak kali terlihat dalam foto-foto.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

6. Tiang-tiang Cahaya (Light pillars)
Terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais. Kristal-kristal ais ini boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa: satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor