Arghhh, stresnya dengan jerawat ni! Macam nak picit-picit kesemuanya. Pasti masalah ini menakutkan kamu. Sebelum ia datang bertandang ke wajahmu adalah lebih baik kamu berwaspada. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Perkara yang paling penting diketahui ialah punca berlakunya jerawat. Selain faktor kebersihan, stress dan hormon, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat. Jadi jom semak antara makanan yang sering menjadi punca munculnya jerawat.
Makanan yang digoreng
Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:
1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng
Makanan tinggi gula
Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:
1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin
Makanan tinggi karbohidrat
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:
1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih
0 Org je Komen:
Post a Comment