Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, June 3 | Tuesday, June 03, 2014


KUALA LUMPUR: “Saya tidak ada masalah untuk lepaskan Emma. Insyaallah apabila apabila kontrak dia dengan Wire Fame Entertainment (WFE) tamat pada akhir bulan ini, harap semua masalah selesai selepas ini.

“Sebenarnya saya sendiri kurang jelas mengenai notis saman seperti yang dilaporkan media kerana saya sendiri tidak tahu cerita sebenar mengenai perkara tersebut,” kata Zizan Razak ketika mengulas mengenai notis saman kerana melanggar kontrak syarikat pengurusannya.

Zizan yang juga pemilik bersama WFE memberitahu kepada media isu tersebut tidak sepatutnya timbul dan diperbesarkan kerana kontrak Emma akan tamat akhir bulan ini.

“Saya tidak faham macam mana isu saman boleh timbul kerana rasanya tiada notis saman. Pelik, macam mana cerita berkenaan boleh timbul.

“Kalau boleh saya mahu menamatkan semua konflik ini dengan baik, tidak perlu diperbesarkan dan tidak mahu sebarang tindakan mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu tambah Zizan dia akan bertemu dan berbincang dengan pihak WFE mengenai perkara tersebut.

“Saya akan cuba mencari ruang untuk berbincang mengenai beberapa perkara. Saya tak mahu lagi isalah faham berlaku.

“Masih ada beberapa perkara yang melibatkan saya dan syarikat belum selesai. Jadual kerjaya saya padat buat masa ini, tetapi akan mencari ruang untuk berbincang,” katanya.  -- Astro Gempak

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor