Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, June 21 | Thursday, June 21, 2012

400 MAT REMPIT MANDI PELUH DI PAKSA MENOLAK MOTOSIKAL SEJAUH 7KM | GEORGE TOWN - Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.
SEBAHAGIAN daripada 400 pelesit rempit yang dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer di George Town, Pulau Pinang semalam.



Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam itu dianggap berjaya kerana telah menggagalkan kegiatan lumba haram yang dirancang pelesit rempit di kawasan tersebut.

Katanya, sebaik dikepung, terdapat sekumpulan pelesit rempit yang cuba melarikan diri dengan melawan arus hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka patah tulang pipi akibat terjatuh.sumber
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor