Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, June 18 | Monday, June 18, 2012

GAMBAR HIASAN


KUCHING 16 Jun - Seorang bayi perempuan yang baru berusia tiga hari berjaya diselamatkan polis daripada dijual dengan harga RM17,000 dalam satu serbuan di sebuah pusat snuker di Batu Kawa di sini pagi ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 6 pagi itu, seorang lelaki berusia 51 tahun yang disyaki menjadi orang tengah ditahan di sebuah kedai kopi oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, penahanan suspek membawa kepada penemuan bayi berkenaan yang disembunyikan di pusat snuker tidak jauh dari situ.
Katanya, ketika ditemui, bayi tersebut dijaga tiga wanita tempatan berusia 19 hingga 29 tahun.
"Bagaimanapun ibu kandungnya tiada di situ dan berdasarkan keterangan suspek, pihak polis berpatah balik ke kedai kopi sebelum menahan ibu kandung bayi yang bersembunyi di tingkat tiga premis berkenaan.
"Wanita terbabit berusia 31 tahun dan merupakan warga Indonesia. Dia dikatakan meminta bantuan suspek untuk menjual bayinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zulkifli, bayi itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu katanya, ibu kandung bayi serta lelaki yang menjadi orang tengah berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor