Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, June 22 | Friday, June 22, 2012


Mata lelaki cenderung tak berkedip saat dihadapkan susuk wanita dalam balutan baju ketat, mini, atau terbuka. Mereka mudah tergoda dengan penampilan seksi wanita. Tapi, tunggu dulu. Tergoda bukan bererti mereka tertarik untuk berhubungan serius.


Kajian terbaru di Amerika Syarikat menguatkan argumen bahawa ketika lelaki melihat seorang wanita dalam balutan busana seksi, fikirannya akan berkelana ke arah seks. Lelaki akan menjadikan wanita sebagai objek hasrat, tanpa peduli dengan tingkat kecerdasannya.

Dalam kajian tersebut, sejumlahlelaki dihadapkan serangkaian gambar close up wanita yang fokus ke arah wajah. Sementara kelompok lelaki lainnya dihadapkan serangkaian gambar wanita dengan citra sensual.

Saat dihadapkan gambar-gambar wanita berbalut busana seksi, terjadi penurunan tingkat aktiviti di bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap cara pandang tentang seseorang. Fikiran lelaki membangun kesepakatan bahawa wanita seksi cenderung tidak cerdas, ambisius, dan ramah.

Kajian serupa yang dilakukan Kurt Gray mengungkap bahawa lelaki menangkap gambaran wanita sensual sebagai seseorang yang berpengalaman soal perasaan, tapi tidak soal logika.Kajian yang dipublikasikan dalam Jurnal Psikologi Sosial dan Kepribadian ini juga mengungkap bahawa lelaki memandang wanita dengan baju sopan seabagai susuk yang kompeten, bijaksana, dan penuh logika.

Hasil kajian tersebut mungkin benar untuk beberapa lelaki. Namun, Kurt dan beberapa orang yang terlibat dalam penelitian serupa berharap bahawa temuan itu hanya merepresentasikan beberapa kelompok lelaki. Ingat pepatah: Jangan menilai seseorang dari kulitnya.SUMBER
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor