Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.
Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.
Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.
Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.
Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.
Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.
Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.
Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.
Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi!sumber
0 Org je Komen:
Post a Comment