Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, April 7 | Monday, April 07, 2014

Ahli keluarga Allahyarham Salsabil sempat membacakan surah Yasin di bilik mayat sementara menunggu proses tuntutan mayat dilakukan.
Seorang kakak tidak menyangka permintaan adik lelakinya untuk dibelikan sepasang kasut sukan, merupakan pemberian terakhirnya sebelum adiknya itu terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa dua penunggang motosikal, di sini, lewat petang kelmarin.
Kemalangan membabitkan dua motosikal Yamaha RXZ dan Honda C70 di jalan Felda Kerteh Lima ke Ranggoon pada kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan pembantu kedai dari Ketengah Jaya, Shamsudin Husain, 24, cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya jam 7.15 malam.
Manakala, seorang lagi mangsa yang juga usahawan tani, Mohd Salsabil Kamaludin, 32, beralamat di Al Muktafi Billah Shah pula meninggal dunia pada jam 9.50 malam di Hospital Dungun.
Menceritakan kembali peristiwa sebelum tragedi itu, kakak kepada Shamsudin, Mariam Husain, 29, berkata, tiga hari sebelum kejadian, dia sempat membelikan sepasang kasut baharu untuk adik lelakinya itu bermain sepak takraw.
Menurut Mariam, Shamsudin yang membantu ibunya berniaga di kios nilai tambah dekat Ketengah Jaya, sudah lama mahu dia membelikan kasut sepak takraw itu, namun dia meminta adiknya itu bersabar sementara menunggu gaji.
Katanya yang bekerja sebagai pembuat air di Lapangan Terbang Kerteh, sebaik menerima gaji daripada majikan, dia terus membelikan kasut itu lalu menghantar kepada adiknya yang ketika itu sedang bermain sepak takraw bersama rakan lain di gelanggang dekat kampungnya.
“Daripada raut wajahnya, saya dapat rasakan dia (Shamsudin) ketika itu benar-benar teruja sebaik mendapat kasut dihajatinya.
“Dia memang minat sepak takraw hingga pernah mewakili sekolah. Saya tak sangka permintaan arwah untuk saya belikan kasut takraw, merupakan hajat terakhirnya sebelum dia menemui ajal dalam kemalangan itu,” katanya.
Kata Mariam, ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kemalangan dan selepas dimaklumkan mengenai berita buruk itu, dia terus bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba, dia lihat adiknya ketika itu sudah terbujur kaku sambil dikerumuni orang ramai.
Katanya, dia kemudiannya berlari ke arah adiknya itu dan memangkunya di atas riba sebelum menyuruhnya mengucap beberapa kali.
“Ketika saya meribanya, dia sudah separuh sedar. Dalam hati kecil, saya tetap mendoakan agar umurnya masih panjang, namun dia meninggal dunia sebaik tiba di klinik,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan dua motosikal terbabit.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mempercayai, sebuah daripada motosikal terbabit masuk ke laluan bertentangan, sebelum kedua-duanya bertembung menyebabkan penunggangnya cedera parah dan meninggal dunia,” katanya.-Sinar Harian
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor