Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, January 25 | Saturday, January 25, 2014

Seorang gadis berusia 20 tahun di sebelah timur India, diperkosa oleh 13 lelaki atas perintah pengadilan kampung. Dia dijatuhi hukuman keji itu lantaran menjalin hubungan dengan seorang lelaki dari komuniti berbeza.

Polis India mengatakan gadis itu kini dirawat di sebuah hospital. Dia mengaku diserang oleh sekumpulan lelaki pada malam Isnin lalu di wilayah Birbhum di Bengal Barat seperti yang dilaporkan oleh laman web Business Insider, Kamis (23/​​1).

Polis menyatakan lelaki teman gadis itu diikat di sebuah padang di desa itu ketika 13 lelaki itu memperkosanya di sebuah pondok.

"Kami telah menangkap 13 lelaki, termasuk seorang ketua kampung yang memerintahkan pemerkosaan itu," kata polis wilayah Birbhum C Sudhakar kepada Yayasan Thomson Reuters.

Wilayah sebelah barat Bengal tercatat sebagai kawasan paling tinggi kadar jenayah berkaitan jenis jantina. Pada 2012 terjadi 30.942 kes jenayah, atau kira-kira 12 peratus daripada jenayah terhadap perempuan di India. Kejahatan itu termasuk rogol, penculikan, penderaan seksual, dan penganiayaan. 




Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor