Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, April 9 | Wednesday, April 09, 2014


KUALA LUMPUR: Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.

Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.

Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman.

Namun beliau mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.

Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor