Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, April 9 | Wednesday, April 09, 2014

Saya ada satu masalah iaitu kadangkala saya dan isteri melakukan hubungan intim sebelum Subuh, kemudian saya mandi wajib untuk menyucikan diri untuk solat. Pada petang hari selepas waktu Asar saya dapati ada kesan air mazi yang kering pada seluar dalam. Saya tidak berasa apa-apa yang keluar pada kemaluan sebelum waktu itu. Saya mula waswas dan qada solat Subuh, Zuhur dan Asar. Adakah kesan mazi yang kering itu benar-benar membuatkan solat saya tidak sah walaupun saya tidak menyedarinya?
Jawapan:
Selain air kencing, ada tiga jenis air yang keluar daripada kemaluan iaitu air mazi, mani dan wadi. Air mazi biasanya keluar daripada kemaluan ketika seseorang dalam keadaan bernafsu. Lazimnya mazi atau air mazi berwarna jernih. Hukumnya najis dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi wajib.
Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar daripada kemaluan lelaki atau perempuan ketika nafsu memuncak. la tidak najis, tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar mani. Sejenis lagi yang keluar daripada kemaluan sama ada lelaki atau perempuan ialah air wadi. Ia berwarna putih dan kekuningan. Biasanya keluar apabila tubuh letih bekerja. Hukum air wadi ini najis dan wajib dibasuh.
Dengan kata lain, saudara sendiri hendaklah memastikan jenis air yang melekat pada seluar dalam itu. Sekiranya ia air mazi, pakaian menjadi najis dan tidak sah solat dengan pakaian berkenaan. Dengan itu, qada solat yang terbatal adalah tindakan betul. Begitu juga sekiranya ia adalah air wadi. Bagaimanapun, sekiranya cecair yang melekat itu air mani, pakaian berkenaan bukan najis. Solat sebelumnya adalah sah.-Hmetro

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor