Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, April 8 | Tuesday, April 08, 2014

Penjawat awam @ kakitangan awam yang menjalankan perniagaan secara online atau berniaga di internet bukan satu perkara baru.Macam-macam yang dijual, tapi yang paling banyak kakitangan awam ceburi dalam bidang perniagaan online ini, jual baju kurung, tudung,dan tak lupa juga promosi produk-produk MLM.
Tapi bukan itu yang kami nak cerita pada hari ini.Terkini, satu surat edaran telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi melaksanakan pemantauan ke atas kakitangan awam yang menjalankan perniagaan di atas talian atau dalam bahasa pasarnya, menjalankan perniagaan di internet @ online.


Surat Amaran Kakitangan Awam Tidak Dibenarkan Berniaga Online Internet
Pada kami, Kerajaan Malaysia memang dah patut ambil tahu dan tindakan terhadap mana-mana kakitangan awam yang menjalankan perniagaan online tanpa kebenaran dari pegawai @ Ketua Jabatan.
Pada pengamatan kami, ramai kakitangan awam yang salah gunakan masa mereka dalam melaksanakan tugas.Kalau tugas dijalankan dengan tanggungjawab, tak mengapalah.Ini tidak, pada waktu bekerja tu lah, update status di Facebook, Whatsapp dan sebagainya.Pada masa itulah ambil pesanan, keluar awal ke kata nak ambil anak tapi rupanya ke pejabat pos hantar barang yang dipesan.
Kami tak kata semua kakitangan awam berkelakuan begitu, tapi dari pengamatan kami, itulah yang terjadi.Itu belum lagi ditambah dengan kaki-kaki Multi Level Marketing (MLM) yang sibuk memanjang melayan prospek dari melakukan tugas yang sepatutnya.Yang cikgu-cikgu, memang ramai yang join MLM ni.
Kalau nak berniaga di internet, kalau boleh kakitangan awam elaklah dari melakukan apa-apa kerja berkaitan perniagaan sehinggalah waktu rehat dan waktu habis kerja.Dan kalau boleh, untuk lebih berkat, elakkan guna Wifi atau Internet subsidi kerajaan di pejabat untuk menjalankan perniagaan anda.Ianya akan lebih berkat.
Kepada Kerajaan Malaysia pula, jangan hanya cakap nak pantau sahaja, tapi alih-alih, langsung tak ada pemantauan.Kakitangan awam yang ingin membuat perniagaan online di internet, jangan lupa untuk meminta kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan anda masing-masing.
P.S. Ada kakitangan awam berniaga sebab nak cari duit lebih tampung gaji yang kecil
P.P.S. Ada kakitangan awam berniaga nak tambah duit lagi banyak.
P.P.P.S. Adakah kerajaan perlu naikkan gaji kakitangan awam?

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor