Dua keping foto sedang tersebar di laman Facebook menyaksikan wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.
Lelaki berkenaan merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri.
Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.
Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor
Masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.-mazeermohamad
Kes pelajar tumbuk guru disiasat
Kejadian seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, dekat sini, menumbuk guru disiplin sekolah berkenaan petang kelmarin sedang disiasat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata, jabatan itu akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.
Menurutnya, jabatan pelajaran negeri juga masih belum menerima laporan lengkap mengenai kejadian terbabit bagi membolehkan tindakan lanjut diambil ke atas pihak terbabit.
“Saya tidak dapat beri komen mengenainya kerana belum terima laporan lengkap daripada jabatan pendidikan negeri berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Turut difahamkan juga, kedua-dua pihak terbabit dalam kejadian yang turut disebarkan secara meluas di laman sosial itu sejak semalam turut bersetuju untuk menyelesaikan kejadian dengan berdamai tanpa diambil tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu. -Harian Metro
0 Org je Komen:
Post a Comment