Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Wednesday, May 21 | Wednesday, May 21, 2014

Pesawat MAS MH1348 dipanah petir | Alor Setar: Lebih 50 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH1348 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Langkawi, di sini, berdepan detik cemas apabila salah satu enjin pesawat berkenaan terkena panahan petir, semalam.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi, penumpang dan anak kapal dikejutkan dengan satu dentuman kuat sebelum disusuli pancaran cahaya seperti api di bahagian enjin sebelah kiri pesawat terbabit.
Seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, pesawat itu berlepas dari KLIA pada jam 11.05 pagi sebelum berlaku gegaran kuat selepas 15 hingga 20 minit penerbangan dipercayai akibat cuaca buruk.
“Ketika itu, semua penumpang panik sehingga ada antara mereka menjerit dan menangis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, sebaik pesawat mendarat, dia terkejut mendapati kesan berlubang sebesar bola golf pada satu enjin berkenaan.
Sementara itu, pihak MAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan tiada kemalangan mahupun kerosakan dilaporkan berlaku.
“Pesawat dihantar untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur,” katanya. – myMetro.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor