Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Saturday, May 31 | Saturday, May 31, 2014


Qauli maksudnya Sebut atau Ucap atau Lafaz
Sebut atau Ucap atau Lafaz mestilah beserta dengan suara ye. Kalau tak, takdelah namanya Sebut, Ucap atau Lafaz ye tak?

Rukun Qauli dalam solat adalah WAJIB
diulang...
WAJIB Sebut atau Ucap atau Lafaz  sampai boleh dengar dengan telinga sendiri.

Rukun Solat terbahagi kepada 3:
1. Qalbi (diniat / diingat dalam hati)
2. Qauli (Sebut atau Ucap atau Lafaz dengan lidah)
3. Fi'li (pergerakan / perbuatan)

Rukun Solat ada berapa? Bukak balik Buku PAFA ye tolong.
Katanya ada 13 perkara. Apa dia 13 tu?

1. Berdiri bagi yang mampu (yang ni perbuatan jadi ianya Fi'li)
2. Niat (yang ini Qalbi, diingat dalam hati je. Jangan confuse ye NIAT dengan LAFAZ NIAT)
3. Takbiratul Ihram (yang ni Qauli yg PERTAMA dalam Solat, jadinya kena Sebut atau Ucap atau Lafaz dengan lidah)
4. Baca Al-Fatihah (ini Qauli yg ke-2, bacalah kuat sikit sampai telinga sendiri dengar, bisik2 tak sah, tertinggal satu huruf tak sah ye)
5. Ruku' dengan tama'ninah (Fi'li)
6. Iktidal dengan tama'ninah (Fi'li)
7. Sujud dengn tama'ninah (Fi'li)
8. Duduk antara dua sujud dengan tama'ninah (Fi'li)
9. Duduk Tasyahhud akhir (Fi'li)
10. Baca Tasyahhud akhir (Tahiyyat akhir). (Ini Qauli yang ke-3 ye, sebut biar jelas ye tolong)
11. Selawat kepada Nabi kita Muhammad S.A.W dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli yang ke-4)
12. Mengucap salam pertama (Ini Qauli terakhir yang ke-5)
13. Tertib (Fi'li)

Jadi dalam solat Qauli ada 5 saje, Insya Allah mudah diingat.
Selamat beramal !!

"Berusaha berubah itu adalah lebih baik daripada hanya niat untuk berubah"
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor