Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 1
------

Kaunselor yang gagal menasihati seorang pelajar yang penuh kes disiplin akhirnya mengalah dan give up. 

Kaunselor: "Sudahlah awak. Tak guna saya nasihat awak. Awak bukan nak ikut pun. Suka hati awaklah nak berhenti sekolah. Awak boleh keluar dari bilik saya sekarang."

Pelajar: "Baik."

Pelajar terus melangkah keluar. Digalasnya begnya yang kosong. Bukan ada buku sekolah pun. Tekad. Nak berhenti sekolah hari tu jugak. Penat sudah dengan bebelan para guru dan kaunselor. Mereka bukan nak menasihati. Cuma pandai membebel dan meleteri. Ah, malas nak fikir lagi. Getus hati sang pelajar.

Terserempak dengan JAGA di pintu pagar sekolah. Disapa ringkas.

Jaga: "Dah nak pulang?"

Pelajar: "Nak berambus dari sekolah ni!"

Jaga: "Jangan ikut hati sangat."

Pelajar: "Eh, kau tu jaga je. Banyak cakap plak! Dahlah! Pergi buat keje murahan ko tu!"

Jaga: "Okay boleh aku sambung keje aku. Tapi aku nak tanya ko satu soalan dulu."

Pelajar: "Hah, apa dia?!" Gertak si pelajar.

Jaga: "Apa benda yang paling kau suka buat?"

Pelajar: "Hah?!"

Jaga: "Okay, kau tak payah jawab soalan aku ni. Ko je tahu apa yang ko suka dalam hati kau. Aku cuma nak cakap, SEGALA APA YANG KAU SUKA TU ada di SYURGA. Malah, lebih best dari tu."

Pelajar: "Apa kau merepek ni?! Dah aku cau dulu! Gile punya jaga."

Jaga cuma tersenyum.

Malamnya, pelajar tu termenung sendirian. Berfikir satu demi satu kata-kata guru dan kaunselor. Akhir sekali kata-kata si jaga sampai di fikiran.

"Segala yang aku suka, ada di Syurga. Malah, lebih best..."

Lama difikirnya. Sampai tak boleh tidur.

Part 10 Klik Disini      Part 20 Klik Disini
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor