Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 4
------

Mulai detik Hari Guru tu, tiba-tiba nama si pelajar menjadi HOT di sekolahnya. 

Apa tidaknya, tindakannya mengundang tepukan gemuruh pelajar-pelajar dan segelintir guru-guru. 

Teringat lagi kata-kata pertama dari abang jaga padanya, 

"Buang saja rasa malu untuk dapatkan Syurga.
Gadai saja egois di dunia, bila benar mahu ditabik di akhirat."

Kini, bila beliau berjalan ke kantin sekolah, pasti ada pelajar-pelajar menengah rendah akan memanggil-manggil namanya, "Bro Zam!" "Taiko!" "Abang Zam!"

Ah, lantaklah nak panggil apa. Hari ini ada kelas MUET. Sudah 4 hari berlalu, Zam tidak lagi ponteng sekolah seperti dulu. Pakaiannya dikemaskan. Rambutnya dirapikan namun masih panjang sedikit dari pelajar lain. Guru disiplin masih tidak berani menegur dirinya. Cuak agaknya takut kena sedas lagi penumbuk free.

Teacher masuk ke kelas. Selama 5 bulan di tingkatan 6 ni, belum pernah teacher berumur 25 tahun itu senyum padanya. Mungkin termakan hasutan guru-guru lain yang melihatnya sebagai pelajar bermasalah. Pandangnya pun tidak. Langsung tidak dihiraukan seolah dipulau dalam kelas sendiri.

Teacher mulakan penerangan dan pengajaran P & P. Speaking English dari awal sampai akhir. Guru tanpa pengalaman memang macam tu, tunjuk terer depan pelajar.

Zam langsung tak faham. Sungguh, dia memang tak faham.

Zam angkat tangan dan berdiri,

"Teacher, sorry. Saya tak faham."

Teacher meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan beliau yang berdiri. Zam yang memang cepat bengang menaikkan sedikit suara,

"Teacher, berdirinya saya di sini adalah sebab saya tak faham!"

Teacher terkejut. Kecut juga sebagai seorang guru perempuan berhadapan dengan pelajar gengster macam Zam.

"You tak faham sebab you tak tumpukan perhatian. Saya nak habiskan silibus kita ni dan tak ada masa nak layan gurauan bodoh awak ni."

Zam merah muka. Tahan amarah. Tiba-tiba teringat kata-kata sang jaga lagi. Terus dia tahan semahunya hatinya yang memberontak. Dia jawab balik,

"Teacher, sepanjang teacher masuk kelas tadi sampailah teacher jawab pada saya tadi, demi Tuhan, saya tidak bercakap dengan sesiapa dan hanya menumpukan pada apa yang teacher cuba sampaikan. Maaf, saya nak berterus-terang, saya langsung tak faham apa yang teacher ajar. Izinkan saya bagi cadangan, kalau boleh teacher terangkanlah sikit-sikit dalam bahasa Melayu. Bukan semua dalam kelas ni terer English macam teacher."

Teacher merasakan jawapan si pelajar tu agak kurang ajar. Terus dihempasnya buku Muet di tangannya pada meja.

"Awak keluar sekarang dari kelas saya dan berdiri di luar sampai habis masa saya! Now!"

Zam keluar berdiri dengan tenang. Dibawanya sehelai kertas A4 dan pen. Ditulis pada kertas tersebut,

"Saya tak faham, saya bertanya, dan saya didenda."

Zam pegang kertas A4 tu macam pegang mini-banner di luar kelas. Macam demonstrasi jalanan. Tenang sahaja. Pelajar-pelajar kelas lain semua pakat keluar kelas dan tengok ke arah kelas Zam. Ada yang menjenguk dari pintu dan tingkap kelas. Ada yang angkat ibu jari signal LIKE. Ingat ni facebook ke apa.

"Bila hati tidak gentar pada kebatilan, maka terserlahlah kebenaran. Mana mungkin hati yang meronta-ronta inginkan Syurga, tiba-tiba takut menyatakan kebenaran? "

Itu antara kata-kata jaga yang masih kuat diingatinya.

Teacher yang belum berkahwin itu bengang. Laju dia keluar dari muka pintu kelas menuju ke arah Zam. Di tangannya buku Muet yang tebal beratus muka surat.

bersambung...

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor